Baek Sung Hyun didapati mabuk ketika terbabit dalam nahas jalan raya

Pelakon Baek Sung Hyun mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila ditahan oleh pihak polis kerana didapati mabuk sewaktu terbabit dalam satu nahas jalan raya yang berlaku semalam. Dia dan pemandu kereta yang dinaikinya bersama-sama, yakni seorang wanita dinamakan sebagai A, cuba untuk menyelesaikan dengan mangsa sebelum polis bergegas datang dan membawa mereka ke balai polis. Paras kandungan alkohol dalam satu ujikaji diadakan pihak polis adalah pada kadar 0.08% dan boleh menyebabkan lesen memandu mereka bakal ditarikbalik.

Baek Sung Hyun mungkin tak didakwa atas kesalahan mabuk kerana dia tak memandu pada masa itu, tapi dia dikecam kerana kecuaiannya untuk menghalang A daripada memandu lalu menyebabkan nahas jalan raya. Lebih teruk lagi, dia sedang dalam ‘enlistment’ atau dalam erti kata lain, sedang menjalani khidmat negara sebagai polis marin dalam Jabatan Angkatan Tentera Laut. Susulan daripada itu, Baek Sung Hyun menerusi agensi SidusHQ memohon maaf di atas keterlanjurannya dan juga di atas kecuaiannya yang telah mengecewakan peminat dan orang ramai.

Baek Sung Hyun dahulunya merupakan pelakon kanak-kanak yang amat dikenali menerusi drama SBS Stairway In Heaven pada tahun 2004 sebagai Kwon Sang Woo semasa kecil, yakni kekasih buat Park Shin Hye yang membawa watak Choi Ji Woo semasa kecil.  Drama lakonannya tahun lepas termasuklah SBS Doctors dan OCN Voice.

Sumber: sport kyunhyang , sport khan

loading...