Tiba-tiba pula Fan Bin Bing jatuh sakit

Lumrah bagi seorang selebriti yang berhadapan dengan kontroversi untuk mengelakkan dirinya daripada terus menjadi mangsa cercaan oleh netizen. Setelah selesai membayar denda  sebanyak 4 billion dolar Taiwan kepada mahkamah dengan menggadaikan beberapa unit apartment miliknya, Fan Bin Bing mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka di laman sosial medianya. Hal ini dilaksanakan bagi mengelakkannya daripada ditahan reman kerana sebelum ini, beliau dilaporkan telah menipu lembaga cukai China dengan menyembunyikan bayaran diterimanya melalui salah satu daripada dua kontrak perfileman ditandatanganinya dengan pihak produser “Cell Phone 2”.

Fan Bin Bing dilaporkan sedang menemui doktor perubatan tradisional China, Jiang Mo bagi mengubati penyakitnya yang dikatakan kian teruk. Ekoran daripada itu, Fan Bin Bing dan  tunangnya, Lee Chun tetap melangsungkan perkahwinan tak lama lagi walaupun dihurung dengan masalah berkait dengan jenayah cukai.

Sumber: tv report , dispatch 

loading...