[Terkini] Akibat dedah status bercinta, HyunA & E’Dawn ditendang keluar dari agensi Cube

Ini suatu berita yang mengejutkan. HyunA (26 tahun) dan E’Dawn Pentagon (24 tahun) telah ditendang keluar dari Cube Entertainment.

Pada 13 September, Cube Entertainment telah membuat pengumuman seperti berikut ;
“Ini adalah Cube Entertainment. Cube Entertainment secara rasmi menendang keluar dua artis di bawah label kami iaitu HyunA dan E’Dawn. Maka dengan itu, mereka bukan lagi di bawah pengurusan kami.
Kami telah berusaha dan bekerja sebaik-baiknya dalam menguruskan artis di bawah label kami dengan berpandukan pada kesetiaan dan kepercayaan dalam hubungan kami.
Selepas melalui beberapa perbincangan, dengan kesedihan serta keperitan kami hadapi, kami telah menemui pengakhiran pada apa yang telah terjadi. Sukar bagi kami untuk membina kesetiaan dan kepercayaan terhadap artis pengurusan kami. Namun setelah kami berikan segalanya dan akhirnya kami dikhianati, kami telah buat keputusan untuk memaksa mereka (HyunA dan E’Dawn) keluar meninggalkan kami.
Kami sangat berterima kasih kepada peminat yang telah bersama dan menyokong kedua-dua artis tersebut selama ini. Terima kasih.”
Terdahulu pada 2 Ogos lepas, HyunA dan E’Dawn secara rasmi mengakui bahawa mereka telah membina hubungan cinta  berada selama 2 tahun. Selepas itu, kedua-duanya di kritik hebat oleh netizen dan pelbagai pihak, yang akhirnya membawa kepada pembatalan pelbagai jadual persembahan dan aktiviti, dan E’Dawn juga direhatkan seketika daripada menyertai beberapa aktiviti kumpulan Pentagon serta banyak lagi.
Sumber : sports.donga
loading...