Gong Hyo Jin kembali sebagai ibu tunggal mithali di dalam KBS When Camellia Flower Blooms ?

Bertambah sengit lah persaingan drama pada tahun hadapan apabila ratu komedi romantik, Gong Hyo Jin sedang dalam perancangan untuk membuat kemunculan semula di dalam industri drama. Beliau dikatakan sedang menimbangkan secara positif satu tawaran drama KBS When Camellia Flower Blooms.

Gong Hyo Jin akan melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’. Dia dikhabarkan menjadi ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki.

Drama ini menggunakan penulis sama daripada KBS Fight My May iaitu Im Sang Choon yang berjaya meraih antara rating minggu tertinggi buat cenel KBS pada tahun 2017. KBS When Camellia Flower Blooms diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens. Ia mengandungi cerita tentang tiga orang  lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.

PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too?  akan mengarahkan drama ini untuk slot KBS pada September 2019 depan.

Sumber: news1 , sport chosun , OSEN

 

loading...