Adakah Lee Na Young & Lee Jong Suk kembali cetuskan fenomena ‘noona-dongsaeng’?

Nampaknya selepas lapan tahun, Lee Na Young mungkin kembali ke skrin kecil menerusi drama baru tvN “Romance Supplement”.

Pada 11 September, menurut satu sumber yang memberitahu kepada media Star Today, “Lee Jong Suk dan Lee Na Young, keduanya sedang berbincang untuk membintangi drama “Romance Supplement”. Masing-masing dilihat positif untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.'”

Agensi Lee Na Young; Eden 9 mengesahkan khabar angin ini dan menyatakan, “Lee Na Young sememangnya sedang mempertimbangkan penampilannya untuk drama tvN “Romance Supplement”.”

“Romance Supplement” adalah sebuah drama bertemakan komedi romantis yang mengisahkan tentang  kehidupan  mereka diusia 30-an orang yang mengambil latarbelakang syarikat penerbitan.  Drama ini ditulis oleh Jung Hyun Jung yang pernah menghasilkan “I Need Romance” untuk tiga musim, “Discovery of Love,” dan banyak lagi. Manakala pengarah drama “Life on Mars”- Lee Jung Hyo pula akan mengarahkannya.

Untuk pengetahuan, drama terakhir Lee Na Young adalah menerusi “The Fugitive: Plan B” (KBS) pada tahun 2010. Selepas lapan tahun menyepi dari dunia drama tv, pasti ramai peminat menantikan kemunculan semula beliau.

Sebelum ini, sumber dari agensi Lee Jong Suk juga mengesahkan bahawa pelakon tersebut sedang mempertimbangkan tawaran untuk drama itu sebagai salah satu projek akan datang yang ada potensi.

Terdahulu, sekitar tahun 2015, menerusi sebuah temubual bersama Star News, Lee Jong Suk pernah menyatakan, “”Jika saya terpaksa memilih antara selebriti, Lee Na Young adalah yang paling dekat dengan wanita ideal saya. Saya memilihnya sebelum ini dan beliau masih lagi wanita ideal saya. “Ketika ditanya mengapa, dia menyatakan,” Saya sangat suka gaya bercakap Lee Na Young yang tersendiri. Ia sangat menarik. “

Apakah mungkin kita dapat menyaksikan gandingan hebat Lee Na Young dan Lee Jong Suk? Bagaimanapun, “Romance Supplement” dijadualkan untuk tayangan pada pertengahan tahun 2019.

Sumber : sports.dongastar.mk

kredit foto : elle | instyle