Kali ini Ye Eun Wonder Girls pula disiasat kerana kes songlap bapa

Sebelum ini, Park Ye Eun, bekas ahli kumpulan Wonder Girls, berhadapan dengan situasi sukar dalam karier seninya apabila masih tertunggu-tunggu untuk rilis album baru. Dalam temuduga diadakan pada July lepas, Park Ye Eun berjanji akan membuat kemunculan semula dengan album terbaru pada penghujung tahun 2018 walaupun ayahnya masih dibicarakan di dalam mahkamah.

Namun pada hari ini, dikhabarkan pula Park Ye Eun sedang disiasat pula oleh pihak polis kerana mungkin bersubahat bersama ayahnya menyonglap duit ahli-ahli persatuan gereja. Ayah Ye Eun merupakan seorang paderi gereja dikatakan telah menggunakan populariti Ye Eun dalam penipuan berancangnya sehingga berjaya mengaut perolehan sebanyak 17.5 juta USD.

Apapun, berharap semuanya dipermudahkan untuk Ye Eun dan jika bersalah, haruslah dia menerima hukumannya.

Sumber: sportseoul

loading...