Desas-desus 3 ahli kumpulan Highlight dapat layan istimewa ketika di Universiti adalah tidak benar

Terkini – Around Us Entertainment, agensi yang mewakili bekas ahli B2ST; Doojoon, Kikwang, dan Junhyung, kini dikenali kumpulan Highlight, bercakap mengenai ketiga-tiga mereka yang dilaporkan menerima layanan istimewa semasa menghadiri Universiti Dongshin.

Dalam kenyataan mereka yang disiarkan pada 12 Ogos, mereka memohon maaf kepada peminat dan berkata, “Memang benar bahawa Yoon Doojoon, Yong Junhyung, dan Lee Kikwang menghadiri Universiti Dongshin bermula pada tahun 2010 dan graduate dari universiti tersebut pada akhirnya. Jadi, skandal berkaitan proses kemasukan atau mereka tidak pernah menghadiri kelas adalah palsu. “

Menurut agensi itu, meskipun sibuk dengan jadual mereka, selalunya mereka menyusun jadual kuliah dan aktiviti seni mereka agar tidak bertindih. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dapat berbuat demikian, agensi tersebut terus berhubung dengan pihak universiti dan membuat apa yang perlu dan sepatutnya supaya mereka dapat menamatkan pelajaran.

Terdahulu – Tiada angin mahupun ribut, tiba-tiba isu bekas ahli kumpulan B2ST mendapat layanan istimewa dari universiti untuk melayakkan mereka lulus menjadi perhatian ramai.

Kontroversi ini telah pun timbul suatu ketika dahulu mengenai bagaimana kesemua empat anggota B2ST yang juga merupakan penuntut di Universiti Dongshin – Doojoon, Junhyung, Kikwang, dan Hyunseung – menerima biasiswa penuh untuk empat tahun. Walau bagaimanapun, pada 12 Ogos, program berita SBS telah menyiarkan cerita yang mendedahkan berkemungkinan mereka mendapat kelayakan dari segi kehadiran kelas sama seperti pelajar yang juga bekerja diperkhidmatan awam.

Menurut Universiti Dongshin, Junhyung dan Hyunseung adalah jurusan Muzik Praktikal tahun kedua, dan Doojoon dan Kikwang adalah jurusan Penyiaran Hiburan tahun kedua pada tahun 2011. Dalam rekod biasiswa yang dibuat dari tahun itu, terdapat tanda ‘X’ di sebelah nama mereka, yang biasanya dikhaskan untuk pelajar yang tidak menghadiri kelas.

Bekas agensi mereka, Cube Entertainment, telah memberi maklumbalas kepada SBS dengan mengatakan bahawa pengurus yang pernah menguruskan aktiviti B2ST ketika itu telahpun meninggalkan agensi tersebut, sehingga ianya sukar untuk mendapatkan kepastian berkaitan isu ini.

Sumber : AllKpop | AllKpop 2

loading...