Kim Tae Hee siap sedia untuk kembali dengan agensi yang baru

Nampaknya, Kim Tae Hee kini telah siap sedia untuk kembali beraksi dengan agensi yang baru.

Pada 13 Ogos, BS Company mengesahkan secara rasmi, “Kim Tae Hee, seorang pelakon yang mewakili Korea, telah menandatangani kontrak eksklusif [bersama kami] dan telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.”

Agensi itu juga telah beri hint kemungkinan pelakon itu akan kembali ke skrin dalam masa terdekat. Seorang wakil agensi menyatakan, “Ramai peminay yang tidak sabar untuk menunggu kemunculan semula Kim Tae Hee, jadi kami akan menyokong penuh setiap aktivitinya dari sekarang sehingga beliau dapat mencari produksi yang berkualiti di mana beliau dapat mempamerkan warna uniknya sendiri. Selain itu, kami ingin lihat Kim Tae Hee dapat berkembang dengan lebih jauh serta menjadi pelakon yang lebih matang.

“Kami memohon jasa baik anda untuk terus menyokong perjalanan seni Kim Tae Hee, agar terus melonjakkan ke suatu tahap yang lebih tinggi  di masa depan.” Selepas debut pada tahun 2000, Kim Tae Hee menjadi salah seorang pelakon terkenal Korea dalam masa yang singkat serta telah membintangi pelbagai drama dan filem.

Aktress ini telahpun berkahwin dengan penyanyi serta pelakon, Rain pada 2017 dan telah menimang cahaya mata yang pertama tidak lama selepas itu. Drma terakhir lakonan Kim Tae Hee adalah menerusi drama SBS 2015 “Yong Pal” disamping Joo Won dan kini sedang menunggu projek lakonan yang seterusnya.

Sumber : Naver

loading...