Kang Seung Yoon WINNER dan Moon Ji Hyo didakwa sedang bercinta & YG turut beri respons

Pada 18 Ogos, gambar dua individu berjalan berpegangan tangan di jalan raya Seoul mencetuskan kekecohan dalam talian. Ianya bermula apabila, satu catatan Twitter baru-baru ini tersebar dengan gambar seseorang yang menyerupai Kang Seung Yoon sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang dispekulasi sebagai pelakon Moon Ji Hyo.

Setelah itu, ramai netizen mendakwa lelaki yang di dalam gambar itu ialah Kang Seung Yoon WINNER, sedang menikmati janji temu dengan teman wanitanya.

Walaupun kedua-dua individu terbabit menutup muka mereka dengan topeng, khabar angin cepat tersebar bahawa Kang Seung Yoon sedang bercinta dengan pelakon Moon Ji Hyo, rakan label di YG Entertainment. Desas-desus temu janji semakin memuncak sehingga pelbagai media turut melaporkan mengenai hubungan yang disyaki ahli WINNER itu.


Sebagai tindak balas kepada laporan itu, wakil YG Entertainment memberitahu saluran media, “Sukar untuk mengesahkan perkara peribadi yang berkaitan dengan artis kami.”

Sementara itu, pelakon Moon Ji Hyo sebelum ini muncul dalam MV lagu solo Kang Seung Yoon berjudul “Born To Love You”, di mana dia memainkan watak sebagai kekasih Kang Seung Yoon. Moon Ji Hyo dilahirkan pada tahun 2000 dan 6 tahun lebih muda daripada Kang Seung Yoon.

Pelakon itu juga membuat penampilan di ‘School Rapper’ Mnet pada tahun 2017.

Sumber : Newsis | heraldpop| news.mt| tenasia

loading...