[Filem] Semakin mendunia, Along With The Gods sudah capai lebih 8 juta tontonan!!!

Begitu hebat penangan filem sekuel kepada ‘Along With The God: The Two Worlds’ ini apabila sudah pun melepasi sasaran dengan mencapai lebih 8 juta tontonan sejak sembilan hari ditayangkan di pawagam Korea Selatan.  Jika trend ini berterusan, tidak mustahil ia mampu membawa pulangan sebanyak lebih 10 juta penonton dalam masa dua minggu tayangan. Ia satu pencapaian yang agak menakjubkan!

Filem yang diberi nama sebagai ‘Along With The God: 49 Days’ ialah kesinambungan kepada cerita seorang lelaki budiman yang terpaksa melalui pelbagai cabaran dan rintangan untuk dihakimi atas amalan yang dilakukannya semasa hidup bagi membolehkan dia dimasukkan ke dalam syurga. Amalan-amalannya tampak mulia dalam kalangan masyarakat tetapi dipersoalkan ketika sesi perbicaraan dengan dewa-dewa neraka  kerana disangka mengabaikan mudarat kecil yang membawa kebinasaan kepada orang lain.  Dia akan diwakili ‘peguam-peguam’ yang bertaraf dewa bagi memudahkan laluannya ketika sesi perbicaraan. Satu persatu amalan budi pekertinya dipersoalkan sehinggalah tanpa disedari, dia telah menyebabkan adiknya salah faham dan membencinya sekian lama. Filem ‘Along With The God: The Two Worlds’ berakhir apabila dia dinaikkan status ke dalam syurga.

Kali ini untuk sekuel ini pula, cerita akan beralih pada adik lelakinya untuk menghadapi sesi perbicaraan dewa-dewa bagi membolehkan dirinya tidak dihumban ke dalam neraka. Adakah dia juga akan melalui cabaran dan rintangan yang sama seperti abangnya dulu? Filem sekuel ini akan mengekalkan pelakon-pelakon yang asal dengan ketidakhadiran Cha Tae Hyun, yakni pelantun asal sekuel yang lalu. Kim Dong Wook akan kekal memegang watak sebagai adik kepada pelakon Cha Tae Hyun, di mana untuk sekuel ini, dia akan melakonkan watak utama yang melalui cabaran 49 hari tersebut. Turut kekal di dalam sekuel ini termasuklah pelakon Lee Jung Jae sebagai Maharaja Yeomra, serta Ha Jung Woo, Kim Hyang Gi dan Ju Ji Hoon masing-masing sebagai trio peguam yang akan mewakilinya. Ma Dong Suk pula akan menjadi ‘Dewa Rumah’.

 ‘Along With The God: 49 Days’ dijangka menjengah layar perak Malaysia bermula 30 Ogos ini.

Trailer

[fb_pe url=”https://www.facebook.com/PurplePlan/videos/2121347271269956/UzpfSTEwMDAwMTAyODI4NjQ0OToyMDQ3OTA2ODQ4NTg2OTA1/” bottom=”30″]

Sumber: news chosun

loading...