Kim Tae Ri menggungguli TOP aktres paling POPULAR minggu ini

Drama tvN Mr. Sunshine semakin digilai ramai dengan nilaian ‘ratings’ yang sangat tinggi dicapai pada kadar 13.5%. Maka, ianya tak mustahil apabila sering menggungguli di tangga pertama drama paling banyak disebut-sebut (“The Most Buzzworthy Drama”) empat minggu berturut-turut sejak 23 July lepas.

Bukan saja Mr. Sunshine mendapat tempat di hati peminat kdrama korea, malah pelakon-pelakonnya turut menerima tempias. Buat pertama kali, Kim Tae Ri merampas top 1 pelakon paling popular minggu ini mengatasi nama-nama besar seperti Lee Byung Hyun dan Yoo Yeon Seok (“tvN Mr. Sunshine”) , Jung Kyung Ho (“OCN Life On Mars”) , Ji Sung dan Han Ji Min (“tvN Familiar Wife”) , serta Yang Se Jong dan Shin Hye Sun (“SBS Thirty But Seventeen”). Kedudukannya sekali gus meletakkannya namanya sebagai top aktres paling popular minggu ini menurut Good Data Corporation.

Kim Tae Ri merupakan pelakon muda berbakat yang mula menempah populariti menerusi filem Handmaiden, sebuah garapan neo-zaman kolonial Jepun  berkisarkan tentang hubungan terlarang antara wanita. Hasilnya, beliau memenangi Best New Actress di beberapa anugerah perfileman korea terutamanya di Blue Dragon Film Awards. Beliau cuba menceburi industri drama dengan menyertai projek drama nukilan penulis skrip paling tersohor di Korea Selatan, Kim Eun Sook berjudul tvN Mr. Sunshine digandingkan bersama Lee Byung Hyun.

Kim Tae Ri memenang watak sebagai surihati buat Eugene Choi lakonan Lee Byung Hun yang turut digelar ‘Mr.Sunshine’ sebagai anak kepada aristokrat terkemuka bernama Go Ae Shin. Lakonannya dipuji atas keberkesanannya menampilkan ciri-ciri feminist yang mampu untuk membidik senjata api dengan ekspresi muka yang mengagumkan di sebalik dirinya sebagai anak bangsawan.  Drama tvN MrSunshine dapat ditonton secara langsung menerusi cenel netflix.

Sumber: donga

 

loading...