Sudah jatuh ditimpa tangga, Go Hyun Jung disaman pula syarikat ginseng

Tak cukup dengan pengunduran Go Hyun Jung daripada drama SBS Return kerana tak mahu memanjangkan pertelingkahannya dengan pengarah drama tv berkenaan, kali ini beliau disaman oleh syarikat ginseng merah yang melantik beliau sebagai duta sepanjang penyiaran drama tersebut. Mengikut klaus perjanjian dengan syarikat tersebut, beliau dikehendaki untuk mempromosikan produk ginseng sehingga drama itu selesai bersiaran selepas menerima wang  pendahuluan. Oleh sebab beliau berundur lebih awal, maka terma-terma syarat tersebut tak dapat dipenuhi. Tuntutan saman itu dijangka bernilai billion won.

 

Gong Hyun Jung merupakan pelakon drama paling berprestij di Korea Selatan sebelum kontroversi drama SBS Return yang menyebabkan imejnya sedikit tercalar. Antara drama hebatnya termasuklah tvN Dear My Friends di mana drama berkenaan memenangi Best Drama Paeksang Art Awards tahun 2017. Beliau terkenal sebagai “Lady Mishil” dalam drama MBC Queen Seondeok menyebabkan beliau memenangi daesang di anugerah Baeksang dan juga MBC, serta memperoleh bayaran tertinggi sebagai pelakon sejak daripada itu. Antara drama popular lakonannya ialah SBS Sandglass, drama paling tinggi catatan rating dalam sejarah dan juga SBS Daemul di mana beliau memainkan watak presiden wanita pertama korea.

Sumber: news chosun

 

loading...