[Update]10 drama Korea terbaru dan menarik bakal mewarnai hidup anda Julai ini!

Annyeong Yorubun…
Hello Julai! Hello musim panas!

Baiklah, sepanjang bulan Julai ini, kami bekalkan anda 10 pilihan drama terbaru Korea untuk ditonton. Pastinya drama kali ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat seperti Lee Byung Hun, Lee Dong Wook, Yoon Doojoon, Yoo Yeon Seok, Baek Jin Hee, Yoon Shi Yoon, Cho Seung Woo, Kim Tae Ri, Shin Hye Sun dan ramai lagi. Dapat dilihat ia mungkin menjadi medan persaingan antara pelakon senior dan junior, kekemasan penceritaan, runut bunyi, teknik pengarahan serta konsep terbaik bagi pasukan kreatif. Mungkin ia juga menyukarkan anda untuk buat pilihan.

Jadi, anda boleh sediakan makanan dan minuman ringan sambil menonton drama pilihan anda. Jom check it out 10 drama yang bakal mewarnai dunia drama anda.

1. Your House Helper (KBS)

Drama ini berdasarkan sebuah webtoon popular di Jepun dengan tajuk yang sama. Ha Suk Jin akan membawakan Kim Ji Woon sebagai pembantu rumah yang sempurna, di mana dialah yang bertanggungjawab merancang, menyusun-atur dan menjalankan aktiviti harian rumah seperti memasak, mendobi, membeli-belah, pengasuh dan sebagainya.

Dengan pengalaman yang ada serta penampilan yang menarik, secara tidak langsung ia menarik perhatian pelanggannya dan seringkali menjadi tempat mereka mengadu masalah. Kim Ji Woon akan memberikan nasihat serta pandangan mengenai permasalahan yang diadu kepadanya dan dalam masa yang sama akan dihuraikan mengapa beliau memilih profession unik tersebut.

“Your House Helper” turut dibintangi oleh Bona WJSN (Comic Girls), Lee Ji Hoon, Go Won Hee, Jeon Soo Jin, dan Seo Eun Ah. Drama ini akan ditayangkan di saluran ASTRO – KBS  Ch 391 dan 392 HD bermula 5 Julai depan pada setiap hari Khamis dan Jumaat  jam 9.00 malam.

 

2. Mr. Sunshine (tvN)

“Mr. Sunshine” adalah sebuah bertemakan sejarah yang mengisahkan seorang lelaki Korea yang menaiki sebuah kapal perang semasa Shinmiyangyo, sebuah ekspedisi Amerika Syarikat ke Korea pada tahun 1871. Dia kemudian kembali ke negara asalnya sebagai seorang askar Amerika di akhir era Joseon.

“Mr. Sunshine” merupakan hasil garapan penulis hebat Kim Eun Sook. Mungkin penonton secara tidak langsung akan membandingkan drama ini dengan drama beliau sebelumnya iaitu “Goblin” dan “Descendants of The Sun” di mana keduanya pernah memenangi drama terbaik bagi Anugerah Baeksang. Apakah “Mr. Sunshine” akan mengikut jejak drama-drama Kim Eun Sook sebelumnya? Ini juga merupakan kali ketiga Kim Eun Sook dan pengarah Lee Eun Book bekerjasama selepas “Goblin” dan “Descendants of the sun”.

Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Lee Byung Hun, Kim Tae Ri, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, dan Byun Yo Han. “Mr. Sunshine” akan mengisi slot drama hujung minggu anda dan tayangan perdana bermula 7 Julai depan pada pukul 9.00 malam di tvN.

 

3. Let’s Eat 3 (tvN)

Siri drama “Let’s Eat” kembali untuk musim ketiga. Ini merupakan tayangan pertama siri ini untuk musim panas. Dua musim sebelumnya ditayang pada musim bunga dan luruh. “Let’s Eat” fokus kepada aktiviti harian bagi mereka yang tinggal bersendirian.

Buat kali ke-3, watak Goo Dae Young dilakonkan oleh Yoon Doojoon. Kali ini ia menceritakan kisah Goo Dae Young yang berhadapan dengan zaman merudumnya sebagai raja makanan. Dia akhirnya bertemu semula dengan rakan lamanya Lee Ji Woo (lakonan Baek Jin Hee) dan mereka akan bekerjasama untuk mengembalikan gelaran raja makanan kepada Goo Dae Young.

Pelbagai hidangan yang enak dan lazat akan dipertontonkan kepada anda. Yang pasti ianya akan membuat anda berasa lapar, tambahan apabila menyaksikan para pelakon menikmati hidangan mereka dengan begitu berselera. Disamping itu, drama ini juga akan menampilkan pebagai kisah dan ragam kehidupan. Ramai yang merindukan penerangan mengenai sesuatu hidangan oleh Goo Dae Young dan betapa seleranya beliau menikmati makanannya.

“Let’s Eat 3” akan mula ditayangkan 16 Julai depan untuk slot drama Isnin dan Selasa, pada jam 9.30 malam di tvN.

4. Life (JTBC)

 

“Life” adalah sebuah drama bertemakan perubatan yang mengisahkan tentang cita-cita dan perebutan kuasa disebuah hospital. akan menceritakan kisah cita-cita dan perebutan kuasa yang ada di dalam sebuah hospital.

Drama ini ditulis oleh Lee Soo Yeon yang menghasilkan skrip untuk drama terbaik 54th Beaksang Award – “Stranger”. Gandingan hebat Lee Dong Wook dan Cho Seung Woo pastinya mencuri tumpuan ramai. Lee Dong Wook akan membawakan peranan sebgai pakar dipusat rawat kecemasan manakala Cho Seung Woo pula sebagai pegawai eksekutif  hospital. Drama ini turut dibintangi oleh  Won Jin Ah, dan Moon So Ri.

“Life” akan bersiaran di JTBC bermula 23 Julai depan pada setiap Isnin dan Selasa jam 11 malam.

5. About Her / Let Me Introduce Her  (SBS)

“About Her”  bertemakan melodrama misteri tentang seorang wanita yang cuba mencari identiti dirinya akibat hilang ingatan  selepas menjalani pembedahan plastik. Watak tersebut dilakonkan oleh Nam Sang Mi yang begitu tekad untuk mendapatkan semula ingatan terdahulunya. Manakala Kim Jae Won akan membawakan watak sebagai pakar bedah yang secara langsung terikat dengan kehidupan Nam Sang Mi yang rumit.

Drama yang turut dibintangi oleh Han Eun Jung dan Jeong Jinwoon (2 AM) akan menggantikan drama “Secret Mother”. “About Her” mula ditayangkan pada 28 Julai pada setiap hari Sabtu jam 8.40 malam di ASTRO ONE HD Ch 393.

6. Risky Romance (MBC)

Satu lagi drama bertemakan perubatan yang mengisahkan seorang ahli endokrinologi  yang mempunyai minat terhadap  hormon dalam tarikan seksual dan pakar bedah saraf. Ji Hyun Woo (Pakar bedah saraf)merasakan Lee Si Young (ahli endokrinologi) sebagai pesaing hebatnya sehingga membibitkan perasaan cinta antara satu sama lain apabila kedua bekerjasama.

“Risky Romance” akan mula tayangannya pada 23 Julai depan selepas tamatnya drama “Investigation Couple” .

7. Dear Judge (SBS)

“Dear Judge” adalah sebuah drama bertemakan perundangan dan kehakiman. Yoon Shi Yoon akan memegang dua watak dalam drama ini disamping Lee Yoo Young. Yoon Shi Yoon akan memegang dua watak dalam drama ini sebagai adik beradik kembar Han San Hoo dan Han Kang Wo yang mempunyai personaliti bertentangan. Han San Ho merupakan seorang hakim yang telus dan kehilangannya secara misteri membuatkan kembarnya Han Kang Hoo mengambil alih tugas abangnya secara rahsia. Hang Kang Hoo yang merupakan seorang penjenayah namun dihormati selepas menjadi seorang hakim.

“Dear Jugde” akan menggantikaan slot drama “Handsome Guy and Jung Eum” (The Undateables) mulai 26 Julai depan (Khamis) jam 8.10 malam di ASTRO ONE HD Ch 393.

8. Thirty But Seventeen (SBS)

“Thirty But Seventeen” mengisahkan seorang pemain violin genius bernama Woo So Ri yang bangkit semula pada usia 30 tahun selepas koma selama 13 tahun. Woo So Ri masih mengekalkan sifat keanak-anakan remaja walaupun sudah berusia 30 tahun. Drama yang bertemakan komedi romantik ini merupakan kolaborasi yang kreatif antara PD Joo Soo Won (Pinocchio, I Can Hear Your Voice) dan penulis skrip Jo Sung Hee dari drama komedi romantik comedy romantis yang menghiburkan; “She Was Pretty”, “Highschooler King of Life” dan “High Kick Through The Roof”.

“Thirty but Seventeen” yang dibintangi oleh Shin Hye Sun, Yang Se Jong, Wang Ji Won dan Ahn Hyo Seop akan menggantikan drama “Wok Of Love” bermula Selasa, 24 Julai pada jam 8.10 malam di ASTRO ONE HD Ch 393.

9. Time (MBC)

“Time” mengisahkan tentang seorang lelaki yang menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan membantu seorang wanita di mana hidup wanita tersebut musnah disebabkan olehnya.

Cheon Soo Ho (Kim Jung Hyun) adalah CEO sebuah restoran dan anaklelaki pewaris W Group. Soo Ho mahu putarkan kembali waktu lalu untuk Seol Ji Hyun (Seohyun). Sementara itu, Ji Hyun seorang yang peramah dah disenangi ramai, namun semuanya berubah selepas kematian adik perempuannya.

“Time” akan mula ditayang pada 25 Julai depan selepas berakhirnya drama “Come and Hug Me”.

10. My ID is Gangnam Beauty (JTBC) 

 

“My ID is Gangnam Beauty” adalah drama yang diadaptasi dari  webtoon popular yang pertama kali diterbitkan pada April 2016. Drama ini berkisarkan tentang betapa obsesnya masyarakat terhadap kecantikan sehingga sanggup menjalani pembedahan plastik. Disamping itu, drama ini turut menyampaikan mesej untuk menggalakkan mereka untuk mengubah perspektif mereka tentang kecantikan dengan mengubahnya secara fizikal.

Watak utama drama ini dipilih dengan bantuan peminat webtoon dan pihak produksi gembira untuk merealisasikan pilihan mereka. Tambahan dengan jalan cerita yang menyeronokkan sebagaimana karya asal serta para pelakon yang kelihatan sama seperti watak-watak dalam webtoon, secara tidak langsung drama ini menjadi bualan dan perhatian ramai peminat.

“My ID is Gangnam Beauty” dibintangi oleh Lim Soo Hyang, Chan Eun Woo (ASTRO), Joo Woo Ri dan Kwak Dong Yeon akan mula ditayang Julai depan bagi menggantikan drama “Sketch”.

Selamat menonton!

nota : Penayangan drama, tarikh dan waktu siaran tidak tertakluk kepada siaran tv di Malaysia.

loading...