Hyeri keluar, Taeyeon SNSD & Key SHINEE masuk isikan kekosongan untuk tvN Amazing Saturday

Image may contain: 4 people, selfie and closeup

Hyeri dilaporkan mengambil keputusan untuk keluar daripada tvN Amazing Saturday setelah menyertainya sejak tiga tahun lalu.

Keputusan itu diambil kerana Hyeri mahu menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bidang lakonan. Beliau baru-baru ini membuat kemunculan di dalam drama tvN ‘Record of Youth’ lakonan Park Bo Gum, pelakon yang pernah digandingkan bersama-sama dengannya menerusi tvN Reply 1988 sebelum ini  dan kini sedang meneliti tawaran lakonan drama diadaptasikan daripada webtoon, “Live Together”. Kemunculannya di dalam program realiti tv itu adalah sehingga penghujung November ini saja.

Hyeri membuat kemunculan di dalam drama lakonan Park Bo Gum.

Bagi menampung kekosongan ditinggalkan oleh Hyeri, pihak produksi telah membawa Kim Ki Bum (Key) SHINEE dan Taeyeon SNSD untuk dijadikan sebagai pelakon utama. Seperti dipetik oleh Sport Chosun, “Key ialah ahli pertama dari ‘Doremi Market’, sertai kembali selepas selesai jalani khidmat ketenteraan manakala Taeyeon pula dibawa masuk untuk isi kekosongan ditinggalkan oleh Hyeri.”

tvN Amazing Saturday – Doremi Market mula ditayangkan semenjak 7 April 2018 dan menerima respon yang sangat positif daripada para penonton kerana menganjurkan permainan yang meletakkan makanan di dalam pasar terbuka berdasarkan lirik sebuah lagu. Jika peserta tersebut terbukti salah meneka, maka dia dikehendaki memakan makanan tersebut mengikut saranan dikemukakan oleh Youtuber Muk Bang.

Taeyeon, yang dikenali sebagai sahabat baik Taeyeon daripada agensi yang sama. Taeyeon pernah membuat kemunculan di dalam tvN Amazing Saturday – Doremi Market oada episod ke-100 yang ditayangkan pada Mac lalu.

Sumber: mk news, sport chosun

loading...