Seo In Guk; Takuya Kimura versi Korea dalam 100 Million Stars Falling From the Sky, mungkin berganding bersama Jung So Min

Seo In Guk bakal kembali menghiasi kaca tv anda dengan sebuah drama terbaru tvN.

Pada 30 Mei, pihak tvN mengesahkan bahawa Seo In Guk akan memainkan peranan utama dalam drama terbaru mereka iaitu “100 Million Stars Falling From the Sky”. Mereka turut menyatakan bahawa Jung So Min telah ditawarkan watak wanita utama seperti yang dilaporkan sebelum ini masih belum memberikan sebarang keputusan. Bagaimanapun, pelakon wanita itu sedang mepertimbangkan secara positif tawaran tersebut.

Baca juga : tvN akan ‘remake’ kan semula drama jepun ‘100 Millions Stars From The Sky’ lakonan Kimura Takuya

Seo In Guk akan akan membawakan watak Kim Moo Young, iaitu seorang pekerja kilang mikro, sementara Jung So Min sedang mempertimbangkan watak sebagai peranan pereka iklan Yoo Jin Kang. Drama ini adalah remake sebuah drama Jepun yang dikeluarkan pada tahun 2002 yang bertajuk “Sora Kara Furu Ichioku no Hoshi.” Drama ini akan menceritakan kisah hidup  dua orang yang ditakdirkan bertemu dan bagaimana mereka akan meneruskan perjalanan kehidupan mereka.

Untuk drama versi Jepun, watak utama dilakonkan oleh Kimura Takuya, Eric Fukatsu dan Akashiya Shanma.

“100 Million Stars Falling From the Sky” akan menjadi drama pertama Seo In Guk dalam tempoh tua tahun selepas drama MBC – “Shopping King Louie” (2016). Ini juga merupakan buah tangan terbaru Seo In Guk semenjak beliau dikecualikan daripada menjalani perkhidmatan mandatori tenteranya Mac lalu kerana telah diagnosis sebagai ‘dissecans Osteochondritis’ iaitu penyakit sendi di mana terdapat keretakan terbentuk di dalam rawan dan tulang asas.

Adakah anda teruja untuk menyaksikan drama terbaru Seo In Guk? Kita nantikan perkembangan lanjut mengenai drama ini kelak.

Sumber : mydaily | Naver

loading...