‘Baek Soo Ji’ buat penampilan khas di Let’s Eat 3

Berita baik pada yang merindui watak Baek Soo Ji dalam Let’s Eat 2. Baek Soo Ji lakonan Seo Hyun Jin akan membuat penampilan khas dalam “Let’s Eat 3”!

Untuk pengetahuan, Baek Soo Ji adalah watak utama di samping Gu Dae Young (lakonan Yoon Doo Joon) untuk “Let’s Eat 2”. Drama bersiri ini kembali untuk musim ketiga tahun ini, dengan mengekalkan Yoon Doojoon membawakan watak Goo Dae Young seperti dua musim lepas. Kali ini Baek Jin Hee dipilih sebagai heroin baru untuk “Let’s Eat 3.”

Pada 29 Mei, sumber dari agensi Seo Hyun Jin, Soop Entertainment mengesahkan bahawa Seo Hyun Jin akan membuat penampilan khas dalam “Let’s Eat 3”, tetapi bagaimanapun pelakon tersebut belum lagi memulakan penggambarannya. Baek Soo Ji akan kembali sebagai bekas teman wanita Goo Dae Young untuk musim terbaru ini. Biarpun sibuk dengan projek terbaru, Seo Hyun Jin tetap setia memberikan komitment serta sokongan terhadap drama ini sehinggakan beliau bersetuju menerima tawaran yang diberikan.

Tak sabar rasanya nak tunggu musim ke-3 nanti. “Let’s Eat 3” akan disiarkan sekitar Julai depan di tvN.

Sumber : Naver

loading...