Hubungan kami temui nokhtahnya – Seo In Guk dan Park Bo Ram

Selepas dua tahun bercinta, akhirnya kedua-dua selebriti ini memilih untuk bawa haluan masing-masing.

Pada 23 Mei, media melaporkan bahawa kedua selebriti ini telah mengesahkan bahawa mereka telah pun berpisah dan hubungan percintaan mereka sudah berakhir. melaporkan bahawa kedua-dua mereka baru-baru ini menamatkan hubungan mereka.

Agensi kedua-dua selebriti berkenaan telahpun mengesahkan perkara ini dengan memberitahu media, “Seo In Guk dan Park Bo Ram telah berpisah secara baik sebulan yang lepas.”

Kedua-duanya merupakan bekas peserta rancangan realiti Superstar K.  Seo In Guk dan Park Bo Ram mula bertemu janji pada 2016 dan pada Disember 2017, kedua-dua selebriti ini telahpun mengesahkan perhubungan cinta mereka.

Sumber : Naver

loading...