Mungkinkah PD Another Oh Hae Young kembali bekerjasama dengan Seo Hyun Jin?

Seo Hyun Jin mungkin kembali bekerjasama dengan pengarah drama Another Oh Hae Young, Song Hyun Wook sekali lagi untuk drama remake terbaru JTBC.

Pada 21 Mei, sumber dari produksi drama terbaru  JTBC – The Beauty Inside memberitahu Daily TV bahawa drama itu akan diarahkan oleh PD Song Hyun Wook.

Song Hyun Wook sebelum ini pernah mengarahkan drama Marriage, Not Dating, Revolutionary Love, dan Another Oh Hae Young. Drama Another Oh Hae Young dilihat begitu cemerlang kerana dari 2 peratus jumlah tontonan akhirnya drama ini mencecah hampir sepuluh peratus pada pengakhirannya. Pelakon wanita drama berkenaan Seo Hyun Jin, muncul sebagai ratu komedi romantis dengan kejayaan besar drama itu.

Baca juga : Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin kini mungkin bergandingan dalam drama terbaru

Terdahulu, aktress berkenaan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membintangi drama The Beauty Inside. Seandainya beliau menerima tawaran tersebut, Seo Hyun Jin sekali lagi bekerjasama dengan penarah Song Hyun Wook selepas drama Another Oh Hae Young. Selain itu, Lee Min Ki yang ditawarkan sebagai hero  juga dalam proses mempertimbangkan tawaran drama ini.

The Beauty Inside adalah drama remake dari sebuah filem dengan tajuk yang sama di mana ianya telah dikeluarkan pada tahun 2015. Sedikit perbezaan dengan filem The Beauty Inside di mana seorang lelaki bangun setiap hari dalam badan yang berbeza, tetapi drama ini akan menjadikan watak utama perempuan pula yang akan bertukar menjadi orang yang berbeza dek kuasa mistik. 

Drama ini masih dalam penyediaan untuk disiarkan pada akhir tahun ini.

Sumber : tvdaily | Naver

 

loading...