Isu benjolan dileher Jisoo BLACKPINK, ini respons dari YG Entertainment

Setelah hangat diperkatakan tentang isu kesihatan Jisoo BLACKPINK, YG Entertainment secara rasmi telah menjawab kebimbangan para peminat yang begitu prihatin tentangnya.

Baru-baru ini, sebilangan peminat meluahkan rasa kebimbangan mereka setelah foto Jisoo yang kelihatan seperti benjolan di lehernya viral dimedia sosial.

Ketika foto itu mula mendapat lebih banyak perhatian dalam talian, YG Entertainment membuat kenyataan pada 4 November untuk meyakinkan peminat bahawa Jisoo baik-baik saja.

“Jisoo baik-baik saja selama mengikuti jadual jelajah dunia BLACKPINK dan tiada masalah dengan kesihatannya,” kata agensi itu.

BLACKPINK kini berada di Amerika Utara untuk siri jelajah dunia “BORN PINK” mereka yang sedang berlangsung. BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] juga akan mengunjungi Malaysia pada 4 Mac 2023 depan.

Sumber : 1 | 2

loading...