Sung Hoon dan Tony Ahn pula sertai Law Of The Jungle di Sabah

Wauwee… jika semalam diberitakan Andy, Eric dan Minwoo Shinwa, Ong Seung Woo dan Ha Sung Woon Wanna One, Yoon Shi Yoon dan Lee Da Hee mengesahkan penyertaan mereka mengikuti musim terbaru Law Of The Jungle di Sabah, kini dua lagi nama besar akan sertai mereka.

Baca juga : Peminat Shinhwa & Wanna One – Bersedia untuk musim baru Law Of The Jungle di Sabah

Awal hari ini, 20 April, sumber daripada program tersebut telah mengesahkan bahawa pelakon Sung Hoon dan penyanyi Tony Ahn, akan menyertai Lee Da Hee, Yoon Shi Yoon, ahli Shinhwa Eric, Lee Minwoo, dan Andy, selain ahli Wanna One Ong Seong Woo dan Ha Sung Woon ke Sabah. Turut sama menyertai mereka adalah  pelakon Park Sol Mi dan Park Jung Chul.

Nampaknya team Byung Man kali ini penuh dengan pelbagai variasi. Mereka akan memulakan penggambaran Law Of The Jungle di Sabah pada bulan Mei depan.

Sudahkah anda benar-benar bersedia menerima kehadiran mereka di Sabah?

Sumber : Naver | Naver

Foto dikreditkan seperti tertera.

loading...