Lee Jin Wook dan Lee Ha Na sah terajui Voice Musim Kedua

Drama OCN – Voice akan kembali dengan sekuel ke-2 bersama Lee Jin Wook, Lee Ha Na dan PD Lee Seung Young.

“Voice 2” akan yang bergenrekan drama thriller mengisahkan kehidupan 112 pekerja pusat panggilan kecemasan ketika mereka memerangi jenayah berdasarkan bunyi yang didengari mereka.

Musim pertama yang disiarkan pada tahun 2017 menjadi pilihan ramai, dengan purata penonton sebanyak 5,7 % dan mencapai 6.3 % ketika penayangan drama ini, suatu prestasi yang jarang berlaku nagi drama yang mempunyai genre yang sama. Bukan sahaja dari segi rating penonton yang memberangsangkan, malah drama ini mendapat maklumbalas positif daripada penonton untuk meningkatkan kesedaran tentang tugas berat pekerja pusat kecemasan demi memastikan orang awam sentiasa dalam keadaan selamat.

Pada 17 April lalu, Lee Jin Wook sah membawakan watak utama sebagai Do Kang Woo yang mampu membaca minda penjenayah bagi menyelesaikan kes-kesnya. Lee Ha Na kembali meneruskan wataknya sebagai Kang Kwon Joo, seorang wanita yang lembut tetapi penuh karisma dalam menyelia para pekerja di pusat panggilan dengan kemahiran serta keazaman yang ada padanya.

Sumber pihak produksi menyatakan, “Kami percaya bahawa Lee Jin Wook akan membawakan watak Do Kang Woo dengan sempurna. Dia seorang pelakon yang memiliki pengalaman yang luas serta bakat lakonan yang hebat. Jadi, kami percaya bahawa dia akan dapat menggambarkan wataknya dengan sempurna, mahir dalam pengurusan kerjanya tetapi berjaya menyembunyikan rahsia yang menyakitkan tanpa diketahui  oleh siapa pun. Kami juga berpeluang melihat kembali  Lee Ha Na, yang berjaya mengetuai musim pertama sebagai Kang Kwon Joo. Kami berharap penonton akan menantikan serta teruja terhadap gandingan hebat antara Lee Jin Wook dan Lee Ha Na. “

Drama  ini akan diarahkan oleh Lee Seung Young, yang telah mengarahkan drama seperti “Chosun C.S.I Byul Soon Gum,” “TEN” dan “Missing Noir M.”  Skrip  Voice 2 ini akan ditulis oleh Ma Jin Won, yang juga menulis skrip untuk musim pertama.

“Voice 2” akan disiarkan pada separuh tahun kedua 2018.

Sumber : xsportsnews

loading...