“Gyeongseong Creature” drama thriller terbaru Netflix lakonan Park Seo Joon, Han Soo Hee, Claudia Kim, Wi Ha Joon dan ramai lagi

Netflix akan membawakan kepada penonton sebuah lagi Kdrama terbaru bertemakan thriller iaitu “Gyeongseong Creature”. Drama yang diterajui oleh Park Seo Joon dan Han So Hee ini telahpun memulakan proses penggambaran.

“Gyeongseong Creature” berlatarkan zaman gelap musim bunga pada tahun 1945. Ia adalah drama thriller tentang dua orang anak muda yang berhadapan dengan seekor makhluk dan berjuang untuk terus hidup. Skripnya ditulis oleh Kang Eun Kyung dari “Dr. Romantic Series” dan diarahkan oleh Jung Dong Yoon dari “Stove League.”

Park Seo Joon akan memegang watak Jang Tae Sang, orang terkaya di Gyeongseong dan pemilik kedai pajak gadai; Golden Jade House yang secara semula jadi mempunyai pandangan yang mendalam dan tahu bagaimana untuk terus hidup di dunia. Personalitinya yang peramah juga menjadikan beliau seorang tokoh terkenal menerusi Bukchon.

Sementara itu, Han So Hee akan memegang watak Yun Chae Ok, yang sedang mencari orang yang hilang. Sejak dia muda, dia belajar bagaimana untuk terus bertahan hidup bersama bapanya ketika mereka mengembara melalui Manchuria dan Shanghai. Selepas bertahan melalui situasi yang teruk, Yun Chae Ok kini mahir bekerja dengan senjata, pisau dan semua jenis mesin.

Pada 28 September, pihak produksi juga telah mengumumkan barisan pelakon sokongan yang akan menyertai dua bintang teratas Koreaberkenaan iaitu Claudia Kim, Kim Hae Sook, Jo Han Chul dan Wi Ha Joon.

Pertama sekali, pelakon Claudia Kim, yang meneruskan langkah globalnya dengan filem “Avengers: Age of Ultron” dan siri Netflix “Marco Polo,” akan memainkan watak Maeda, perempuan simpanan sebuah keluarga berkuasa yang mempunyai kawalan di kawasan Gyeongseong. Maeda, yang mempunyai wajah poker yang tegas, terjerat dalam kes kehilangan bersiri, menimbulkan ketegangan dalam cerita.

Kim Hae Sook, yang menerima kasih sayang yang banyak kerana lakonan hebatnya dalam drama termasuk siri “Inspector Koo” dan “Hospital Playlist”, akan memainkan watak Nawol Daek, seorang butler di Golden Jade House, dan menunjukkan kehadirannya sebagai penyokong kuat Jang Tae Sang.

Jo Han Chul, yang menunjukkan kebolehannya untuk membawa pelbagai watak dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha” dan “Vincenzo,” menambahkan berat pada jalan cerita dengan bertukar menjadi Yun Joong Won, bapa Yun Chae Ok yang menggali lebih dalam kes yang melibatkan orang hilang untuk mencari isterinya yang telah hilang 10 tahun lalu.

Wi Ha Joon, yang berjaya menarik perhatian penonton global melalui “Squid Game,” dan kini memenangi hati penonton dengan “Little Women” akan memainkan watak Gwon Jun Taek, seorang askar bebas dan kawan baik Jang Tae Sang. Gwon Jun Taek menyertai Jang Tae Sang dalam perjalanan berbahaya untuk menyelamatkan rakan seperjuangannya yang hilang.

“Gyeongseong Creature” dijadualkan ditayangkan pada tahun 2023 menerusi platform Netflix.

Sumber : Newsen

 

loading...