[Terkini] Seo Min Woo 100% telah meninggal dunia

Seo Min Woo telah didapati sakit jantung dan meninggal dunia di rumahnya di di Gangnam, Seoul pada usia 33 tahun. Menurut laporan, satu panggilan kecemasan telah dibuat pada pihak hospital di mana para petugas paramedik segera dikejarkan ke rumahnya sebelum mendapati mangsa telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kesnya setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Seo Min Woo merupakan ketua kumpulan 100% di bawah label TOP media. 100% agak terkenal di Jepun dengan single dan album mereka meraih carta top 20 tertinggi  pada tahun 2017. Single ketiga album “Song For You” yang baru saja dilancarkan di Jepun pada 10 Februari  lepas turut mendapat sambutan menggalakkan.

https://www.youtube.com/watch?v=AnC0bwBumj8

Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Seo Min Woo juga pernah membintangi drama SBS The King and I. Beliau pernah berehat sekejap pada tahun 2014 kerana mengganggotai latihan khidmat negara sebelum mendiang aktif mempromosikan 100% di Jepun bermula tahun 2017.

Sumber: hankooki

loading...