Menjelang episode terakhir, barisan pelakon ucap selamat tinggal pada “Big Mouth”

Menjelang episod akhir “Big Mouth”, pelakon utama telah mengucapkan selamat tinggal kepada drama itu!

MBC “Big Mouth” adalah sebuah drama noir yang dibintangi Lee Jong Suk sebagai Park Chang Ho, seorang peguam kelas tiga yang akhirnya bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan yang mengubahnya semalaman menjadi penipu genius yang dikenali sebagai “Big Mouse. ” Untuk terus hidup dan melindungi keluarganya, termasuk isteri Go Mi Ho (Yoona Girls’ Generation), peguam “bermulut besar” itu mesti mendedahkan konspirasi besar di kalangan kelas atasan yang istimewa.

Dengan hanya berbaki satu episod, pelakon utama Lee Jong Suk, YoonA, Kim Joo Heon, Ok Ja Yeon dan Yang Kyung Won telah berkongsi komen penutup mereka.

Lee Jong Suk berkata, “Memandangkan ini adalah projek pertama saya [sejak menamatkan khidmat tentera], rasanya berbeza. Ia adalah satu projek yang perlu saya pertimbangkan dan fikirkan lebih banyak lagi, tetapi lebih daripada segala-galanya, saya gembira kerana dapat menunjukkan imej serta sisi baharu saya. Entah bagaimana, masa berlalu dengan pantas dan sudah tiba masanya untuk menghantar Chang Ho pergi. Saya sangat berterima kasih kepada semua yang menyokong Chang Ho. Terima kasih untuk semua kasih sayang anda, jadi saya dapat menyelesaikannya dengan baik.”

YoonA mengulas, “Saya paling berasa tersepit dan emosi sekarang kerana saya cuba melepaskan ‘Big Mouth’ dan Mi Ho. Bertemu dengan Go Mi Ho yang bijak dan berani adalah masa di mana saya banyak belajar pelbagai perkara sebagai seorang manusia dan seorang pelakon.” Dia meneruskan, “Apapun, kerana penonton memberikan kami begitu banyak kasih sayang, saya menerima banyak sokongan dan penuh semangat. Dengan seikhlas hati, saya ucapkan terima kasih. Saya gembira, dan terima kasih kepada semua penonton yang melibatkan diri, menonton dan menyokong ‘Big Mouth.’”

Kim Joo Heon membuat tranformasi yang mengagumkan dalam “Big Mouth”, dengan menggambarkan penjahat Choi Do Ha, yang merupakan datuk bandar Gucheon. “Terima kasih banyak kepada penonton yang menonton ‘Big Mouth,'” komen pelakon itu. “Ia adalah satu penghormatan untuk bekerja dengan penulis, yang menulis skrip hebat dan menulis watak Choi Do Ha, pengarah yang mencipta watak itu bersama kami, dan semua krew drama ini. Memandangkan rakan pelakon saya begitu hebat dan bersemangat di set, saya banyak belajar.”

Ok Ja Yeon menggambarkan Hyun Joo Hee yang adil dan berkarisma dan dia berkongsi, “Saya mendapat banyak keberanian semasa bekerja dengan orang yang begitu hebat. Ini adalah masa berharga yang saya tidak akan dapat lupakan.” Pelakon itu menambah, “Sila tunjukkan banyak sokongan untuk projek seterusnya para pelakon, pengarah dan penerbit ‘Big Mouth.'”

Yang Kyung Won pula berjaya mengangkat peranannya sebagai Gong Ji Hoon yang bercita-cita tinggi dan tamak dengan lakonan yang dinamik. Pelakon itu mengulas, “Rasanya tidak begitu lama sejak penggambaran pertama ‘Big Mouth’ tetapi kami sudah menghampiri siaran akhir. Saya berasa kesal semasa penggambaran terakhir kami tetapi menjelang siaran akhir, penyesalan saya lebih besar. Saya gembira serta berterima kasih kepada rakan sekerja dan krew produksi yang telah bersama sepanjang penggambaran, serta penonton yang sentiasa bersama kami sejak drama ini bersiaran. Tolong bersama kami sehingga penghujung ‘Big Mouth.’”

Pastikan anda menonton episod akhir “Big Mouth” pada 17 September jam 10:50 malam MYT dengan strim di Disney+ Hotstar untuk melihat sama ada Park Chang Ho akan menjadi wira baharu Gucheon!

Sumber : enews

loading...