[Undian Kmania top 10 Stars] BTS Jimin, EXO Kai, Kang Daniel, Irene Red Velvet & Yoona SNSD antara tersenarai merebut tempat..

Untuk edisi October 2017, Kmania Top 10 Stars telah menabalkan Lee Jong Suk sebagai pemenang no.1 di atas undian terbanyak diperolehinya. Siapakah pula akan menduduki senarai Top 10 Stars bagi edisi November ini pula?

Penentuan senarai top 10 bagi setiap kategori di bawah adalah berdasarkan sohor kini (‘trending’) di laman sosial mengikut geografi Malaysia saja , aktiviti mereka lakukan di Malaysia serta karya mereka yang menjadi keminatan rakyat Malaysia. Penilaian diambil pada tarikh 26 Oct sehingga 26 Nov. Antara nama baru yang tersenarai top 30 kali ini ialah Yoo Ah In, Kim Joo Hyuk, Kai (EXO), Rain , Taemin (Shinee) , Leeteuk (Super Junior) , Krystal Jung, Eunjung (T-ARA) dan Nayeon (Twice).

Nama Kim Joo Hyuk tersenarai kerana berita kematiannya mendapat kejutan meluas di kalangan rakyat Malaysia manakala Yoo Ah In pula disebabkan komen sinikal beliau berterusan diposkan di laman sosial media sehingga kini. Kemasukan nama Rain dan Eunjung (T-ARA) pula kerana konsert Kpop Music Wave yang tular di laman media sosial sejak kelmarin.

Anda mesti mengundi untuk menentukan siapakah bakal terpilih dalam”Kmania Top 10 Stars” bagi edisi bulan November yang akan diterbitkan pada 30 November ini. Anda dibenarkan mengundi tidak lebih daripada 10 calon saja.

(CLOSED)

 

loading...