“Mic Drop” BTS dijangka menduduki sekurang-kurangnya Top50 Billboard Hot100

Reaksi spontan BTS semasa menonton MV Mid Drop.

BTS membuat kejutan sekali lagi! Bukan saja mencapai tontonan sebanyak 20 juta dalam masa 3 hari, bahkan single kali ini daripada Album Love Yourself: Her telah berjaya mendapat no.1 di dalam carta Itunes antarabangsa. “Mic Drop” telah di”remix”kan oleh DJ popular Amerika Syarikat, Steve Aoki dan dikeluarkan sebagai single BTS seterusnya pada 24 November lepas disusuli dengan video muzik. Single berkenaan yang diremixkan mendapat kupasan positif daripada para peminat dan pengkritik lagi-lagi  kemunculan video muzik dengan tarian dan dendangan muzik rap yang mengujakan.

Dengan pencapaian memberangsangkan dalam carta “streaming” dan carta jualan digital, tak mustahil bahawa  “Mid Drop” mampu menduduki tangga lebih tinggi daripada single “DNA” pernah kecapi sekurang-kurangnya dalam lingkungan top 50 carta Billboard Hot100. DNA berjaya meraih kedudukan carta hot100 setinggi 67. Namun, disebabkan carta hot100 meliputi ketiga-tiga aspek (‘Streaming”, “Airplays” dan “Sales”) ,  “Mid Drop” hanya perlu mendapat permintaan daripada radio-radio di sana untuk memperoleh kedudukan lebih baik.

Setakat ini, hanya artis kelahiran Korea, PSY saja mampu meraih lebih daripada 1 billion tontonan menerusi MV Gangnam’s Style yang tersangat tular sehingga mencapai kedudukan no.2 dalam carta Billboard Hot100. Jika BTS berjaya menempatkan di tangga ke-50 ke bawah, BTS menjadi satu-satunya artis Korea selepas Psy yang berjaya berbuat demikian. Carta hot100 akan diterbitkan setiap hari Selasa.

https://www.youtube.com/watch?v=kTlv5_Bs8aw

Sumber: joins

loading...