Awww…akrabnya “bromance” antara Do Kyungsoo EXO dan Jo Insung di Anugerah Perfileman Blue Dragon ke-38

Do Kyungsoo,nama yang yang tidak asing lagi bagi peminat tegar K-pop dan merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan boyband paling terkenal di Korea Selatan, EXO yang terdiri daripada 9 orang ahli. Do Kyung soo atau dikenali dengan nama D.O telah memulakan konsert tour EXO, The Elyxion yang bermula pada semalam sehingga hari ini iaitu 25 November sehingga 26 November 2017.

Pada 25 November,Anugerah Filem Blue Dragon ini telah diadakan di Hall of Peace di Universiti Kyunghee, Sunggi-dong, Dongdaemun-gu, Seoul. Secara kebetulan, anugerah ini telah berlangsung pada hari yang sama EXO :The Elyxion di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea Selatan.

Dalam masa yang sama, D.O tidak sempat menghadiri anugerah ini, lagi-lagi jika ditabalkan sebagai pemenang, dia perlu naik ke pentas dan memberi ucapan. Nasibnya agak baik apabila juri menobatkan namanya sebagai pemenang Best New Actor mengalahkan nama hebat seperti Ryu Jun Hyeol yang terserlah menerusi filem A Taxi Driver. Sebelum itu, D.O telah meminta pertolongan dari Jo Insung yang dianggap sebagai abangnya sendiri untuk mewakili dirinya naik ke pentas bagi menerima anugerah.

Jo Insung mewakili Do Kyungsoo menerima Anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di 38th Blue Dragon Film Awards.

Jo Insung segera naik ke pentas untuk mewakili diri D.O yang tidak sempat hadir dan mengucapkan terima kasih bagi pihak D.O. Pada akhir acara ,D.O kelihatan di anugerah tersebut menyapa tetamu yang berada di situ. Dia lantas bertemu dengan Jo Insung dan dengan gembiranya Insung menunjukkan anugerah yang dimenangi. Mereka kelihatan sangat rapat seperti abang dan adik yang memenangi tiket loteri. Mereka agak rapat sejak drama SBS Its Okay Its Love dan sehingga hari ini mereka tetap berhubung,menurut D.O dalam temubual yang lepas.

Sumber : Insight

loading...