Pemilihan pelakon SBS Return lengkap; 3 suspek elit digempur menerusi rancangan tv “Return”

Dari kiri (atas) : Gong Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok                                             Dari kiri (bawah) : Jung Eun Chae, Park Ki Woong , Bong Tae Kyu                                  Gambar dikreditkan pada is.plus.

SBS Return telah pun mengesahkan pemilihan pelakonnya dan mengadakan sesi pembacaan skrip pertama kali pada hari ini. Ia berkisarkan tentang gerakan media yang diperhebatkan untuk mencari penjenayah terutamanya di kalangan golongan elit kerana mereka merupakan salah seorang suspek utama terutamanya kes pembunuhan bersiri.

Gong Hyun Jung sebagai Choi Ja-Hye, memegang watak bekas peguam yang akhirnya menjadi produser TV disebabkan suatu peristiwa menyedihkan berlaku ke atasnya. Beliau bertanggungjawab menyelia program tv yang akan mencari pembunuh sebenar yang disangkakan wujud dalam kalangan rakyat Korea tak kira golongan elit mahupun marhaen biasa.

Lee Jin Wook pula menjadi ketua polis bahagian homisid bernama Dokgo Young yang banyak menyelesaikan kes-kes kriminal kebanyakannya disensasikan pihak media. Sebahagian besar membabitkan suspek daripada kalangan pengganas ataupun mereka yang berkepentingan.

Shin Sung Rok sebagai Oh Tae Suk, merupakan CEO syarikat pembuatan elektronik mudah alih dalam pengkhususan dalam  IT. Beliau dianugerahkan “Usahawan Terbaik” kerana menghasilkan aplikasi untuk gadjet telefon mudah alih. Beliau seorang usahawan yang bangkit atas usaha sendiri tetapi rupanya mempunyai tabiat buruk yang agak menakutkan. Beliau disebut-sebut sebagai salah seorang suspek dalam drama SBS Return ini. Penulis dapat menjangkakan wataknya agak mirip dalam SBS My Love From Star di mana beliau menjadi pembunuh bersiri di sebalik kerjayanya sebagai anak chaebol sehingga meraih pencalonan Best Supporting Actor 3rd Cari Kdrama Awards.

Jung Eun Chae sebagai Geum Na-Ra sebaliknya akan menjadi peguam yang akan menjayakan rancangan tv dikelolakan oleh Choi Ja Hye.

Gambar sekadar hiasan.

Park Ki Woong, pemenang Best Supporting Actor 1st CARI Kdrama Awards, dikatakan akan melakonkan watak sebagai anak chaebol Taeho Group bernama Kang In Ho. Beliau seorang yang sangat hebat dalam perniagaan, beberapa kali tersenarai dalam 20 usahawan muda terkaya di Korea Selatan. Di samping kemahiran bisnes, beliau juga  mempunyai memori yang sangat kuat sehingga mampu mengingati hampir 120 digit Pi (π). Beliau juga dikategorikan sebagai salah seorang suspek selain Oh Tae Suk.

Suspek seterusnya dilakonkan oleh Bong Tae Gyu sebagai Kim Hak Beom, iaitu anak kepada pemilik syarikat pengurusan sekolah. Pada suatu ketika, beliau tiba-tiba mengganas, akhirnya disahkan mengalami penyakit pemecahan keperibadian atau “Dissociative identity disorder” (DID). Beberapa kali cuba didakwa tetapi beliau asyik terlepas.

Premis drama SBS “Return” agak menarik untuk ditonton lagi-lagi ia akan menyelongkar sisi gelap golongan elit yang selalunya cuba ditutup atau dibiarkan kerana pengaruh mereka terhadap senario politik tempatan. Drama ini akan diarahkan oleh Joo Dong Min (SBS “Take Care of Us, Captain”) dan ditulis oleh penulis skrip maknae, Choi Yung Mi. SBS “Return” akan disiarkan sebaik saja SBS Nothing To Lose selesai.

Sumber: is plus, OSEN , xsportnews

loading...