Gambar-gambar Comel di Minggu Akhir While You Were Sleeping

Diam tak diam, rupanya drama SBS While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk dan Suzy menghampiri penghujungnya. Pasti ramai yang akan merindui Jae Chan dan Hong Joo.

Oleh itu, menjelang minggu akhir ini, produksi drama While You Were Sleeping telah mengeluarkan beberapa keping foto dibelakang tabir drama ini.

Foto-foto tersebut menunjukkan setiap pelakon berkerja keras di lokasi pengambaran, tetapi mereka tetap bergembira serta ceria, sempat berbual mesra dan meraikan ulangtahun.

Sumber dari krew While You Were Sleeping berkata, “Dengan begitu banyak sokongan dari penonton, kini kita berada di minggu akhir siaran drama ini. Jadi ayuh saksikan episode akhir untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Hong Joo (Suzy) dan juga Jae Chan (Lee Jong Suk. “

Sebelum itu, Jangan lupa saksikan episode akhir (ep.15 & 16) minggu ini. While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

Sebagai tambahan, Lee Jong Suk dan Suzy masing-masing telah menyanyikan lagu OST mereka yang kedua bagi drama While You Were Sleeping ini.Sebelum ini Suzy telah menyanyikan runut bunyi di track ke-4 bertajuk Because I Love You/I Love You Boy dan Lee Jong Suk menerusi lagu Come To Me di track-9. Jom saksikan fan-made video nyanyian mereka berdua ini.

Lee Jong Suk – Do You Know OST #12

Suzy – Words I Want To Hear OST #13

loading...