Cha Seung Won sah jadi “raja lembu” dalam tvN Farenheit / Hwajugi

Cha Seung Won mengesahkan bahawa dia akan membintangi drama tvN Farenheit / Hwajugi karangan penulis skrip popular Korea iaitu adik beradik Hong. Mengikut laporan rasmi daripada agensi beliau , “Cha Seung Won sangat berbangga untuk menjadi pelakon yang memenui kriteria sebagai raja lembu”.

Cha Seung Won akan menjadi abang kepada Sun Wukong.  Realitinya dalam dunia moden, dia seorang peniaga yang berjaya dan mempunyai musuh yang ramai. Watak Sun Wukong dan sami Sanzhang masing-masing dipertimbangkan oleh Lee Seung Gi dan Oh Yeo Seo.

Ini merupakan penampilan pertama Cha Seung Won selepas MBC Hwajung. Jika kedua-dua Cha Seung Won dan Lee Seung Gi menerima, drama ini akan menjadi gandingan ke-3 mereka selepas MBC Greatest Love dan SBS You Are All Surrounded.

Sumber:  huffington

https://kmania.info/2017/09/06/oh-yeo-seo-akan-menjadi-suri-hati-lee-seung-gi-dalam-tvn-hwayugi-farenheit/

loading...