[Gempar] Polis temui bukti bahawa Park Yoo Chun & Hwang Hana pernah ketagihan dadah bersama

Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku pada ahli kumpulan JYJ ini, Park Yoo Chun sekarang.

Walaupun Park Yoo Chun menafikan bahawa beliau pernah menghisap dadah bersama-sama Hwang Hana dan hanya mengambil pil tidur bagi mengubati kemurungan kelmarin, namun bekas tunangnya itu tak mahu melepaskannya daripada didakwa bersama-sama dan dibicarakan sekali di mahkamah. Hwang Hana dikatakan telah menyerahkan beberapa keadaan dan bukti, contohnya kesan CCTV, yang menunjukkan mereka pernah melakukan perbuatan tersebut.

Menurut laporan Newsdesk MBC pada 12 April 2019, polis merekod beberapa ‘keadaan’ di mana Park Yoo Chun dan Hwang Hana pernah berulang-ulang kali menghisap dadah pada awal tahun ini saja. Setelah merekodkan testimoni daripada pihak Hwang Hana, polis berjaya menemui bukti yang agak jelas bagi menghubungkan Park Yoo Chun dan Hwang Hana dan cukup untuk dipersembahkan kepada pihak pendakwaan. Polis juga dikatakan akan memanggil Park Yoo Chun untuk disiasat tak lama lagi.

Selain itu, laporan juga menyebut pertunangan kedua-duanya yang telah terputus pada Mei 2018 tak menghalang Park Yoo Chun daripada menemui Hwang Hana. Hwang Hana yang akan didakwa di mahkamah atas kesalahan melanggar Akta Pengurusan Narkotik sempat menamakan selebriti yang bertanggungjawab mengajaknya menggunakan dadah tak lain tak bukan ialah bekas tunangnya.  Akibatnya, dalam keadaan mendesak, Park Yoo Chun mengadakan sidang media kelmarin bagi menjelaskan bahawa dia hanya pernah berjumpa dengan Hwang Hana kerana mengasihaninya saja, bukan mengajaknya hisap dadah bersama-sama.

Sumber :  mbc news , asiae

loading...