Jung Hae In dan Shin Jae Ha (While You Were Sleeping) bakal muncul dalam drama terbaru Pengarah drama siri ‘Reply’

Pelakon Jung Hae In dan Shin Jae Ha dari “While You Were Sleeping” yang kini sedang bersiaran telah mendapat tawaran membintangi drama lain!

Kedua-dua pelakon itu telah menghadiri sesi casting  bagi drama terbaru tvN “Wise Prison Life” untuk siaran Rabu-Khamis akan datang. Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai watak yang ditawarkan kepada mereka masih belum diketahui.

Drama ini turut dibintangi oleh  Krystal, Jung Kyung Ho, Park Hae Soo, Kang Seung Yoon WINNER, dan ramai lagi. “Wise Prison Life” akan diarahkan oleh Shin Won Ho, iaitu produser disebalik drama siri popular “Reply“. Drama ini akan mengambil tempat pengambaran  di dalam penjara, yang menggambarkan kehidupan dan cerita di sebalik tahanan ini serta peristiwa yang berlaku di sana.

Shin Jae Ha, Jung Hae In dan Lee Jong Suk menghabiskan masa bersama. kredit gambar instagram jongsuk0206

Sementara itu, Jung Hae In memainkan peranan sebagai Han Woo Tak, seorang pegawai polis dalam “While You Were Sleeping,” dan Shin Jae Ha memainkan watak Jung Seung Won iaitu adik lelaki Lee Jong Suk dari karakter Jung Jae Chan.

While You Were Sleeping ditayangkan di Astro ONE pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam, serentak dengan waktu tayangan di Korea. ONE boleh didapati di Malaysia menerusi saluran Astro 393.

Sumber : Naver 

loading...