Jung Yong Hwa dan Lee Yeon Hee Bawa Anda Kembara ke Perancis dengan “The Package”

Drama JTBC ini menceritakan kisah cinta antara dua orang yang tidak mengenali di antara satu sama lain  di negara asing. Mereka dipertemukan apabila lelaki yang patah hatinya (Yong Jung Hwa) menyertai pakej melancong ke Perancis bersama enam orang yang lain dan pemandu pelancong terbabit adalah seorang wanita (Lee Yeon Hee). Dia adalah satu-satunya pelancong secara solo dalam kumpulan itu, jadi secara tidak langsung dia menjadi lebih rapat dengan pemandu pelancong berbanding rakan pelancong yang lain sehinggakan telah membibitkan rasa cinta antara keduanya.

Setiap pelancong yang menyertai pakej itu mempunyai latar belakang, personaliti, umur dan kisah hidup yang berbeza. Walaupun diawalnya mereka semua tidak mahu terlibat dalam kehidupan peribadi masing-masing, tetapi, sepanjang tempoh mereka melancong bersama-sama selama 8 hari 10 malam, mereka menjadi lebih rapat dan mewujudkan perhubungan yang baik sesama mereka.

Drama yang akan mula bersiaran pada 13 Oktober ini juga menyaksikan tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi di sekitar Perancis. Panorama yang berlatarbelakangkan keindahan negara, budaya, bahasa dan pelbagai lagi seolah membawa anda turut menerokai Perancis .

Gambar para pelakon disekitar Perancis

Pelakon Utama :

  • Lee Yeon-hee sebagai  Yoon So-so seorang bekas pelajar pertukaran (exchanged student) yang belajar di universiti Perancis. Beliau bekerja sebagai pemandu pelancong bagi tujuh orang pelancong Korea dalam siri lawatan ke Perancis di mana dia bertemu San Ma-roo.
  • Jung Yong-hwa sebagai San Ma-roo, seorang lelaki yang telah putus cinta dengan kekasih hatinya juga menyertai perlancongan ke Perancis dan banyak menghabiskan masanya  bersama Yoon So-so.

Pelakon Pembantu :

  • Choi Woo-sik sebagai Kim Gyung-jae, seorang usahawan muda yang gagal dan bercinta dengan teman wanitanya selama 10 tahun
  • Ha Shi-eun sebagai Han So-ran, teman wanita pereka permainan Gyung-jae yang bingung  antara bertemujanji dan perkahwinan.
  • Ryu Seung-soo sebagai Jung Yeon-sung, yang mana hubungan dengan pasangannya tidak punya kesudahan
  • Park Yoo-na sebagai Na Hyun, yang merahsiakan umurnya.
  • Jung Kyoo-soo sebagai Oh Gab-soo, seorang lelaki tua yang degil.
  • Lee Ji-hyun sebagai Han Book-ja, isteri kepada telah lama menjaga suaminya yang sakit
  • Yoon Park sebagai lelaki misteri yang mengikuti Yoon So-so di Perancis.

The Package ditulis oleh  Chun Sung Il, yang pernah menulis skrip untuk drama Slave Hunters dan 7th Grade Civil Servant dan diarahkan oleh pengarah bersama PD Jung Chan Geun (The Queen of Office) and PD Kim Jin Won (Wonderful Days) dan (The Innocent Man).  Drama yang mempunyai 12 episode dan akan ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu jam 11 malam waktu Korea Selatan (KST). Episode pertama akan disiarkan pada 13 Oktober ini.

Jom saksikan preview drama The Package

 

Sumber : imbc

loading...