Mad Dog bermula perlahan tetapi lebih bagus dari Manhole

Secara rasminya dua drama terbaru KBS Mad Dog dan TVN Avengers Social Club menyertai liga pertempuran untuk  slot drama Rabu-Khamis yang mula ditayangkan pada 11 Oktober lalu. Kedua-duanya bakal berentap dengan beberapa drama lain seperti SBS While You Were Sleeping dan MBC Hospital Ship untuk mendapatkan penilaian penonton bagi slot Rabu-Khamis itu. Penilaian tersebut dijalankan oleh Nielson Korea.

Drama TVN yang diterajui oleh empat wanita iaitu Avengers Social Club ditayangkan pada pukul 9:30 malam. Drama tersebut telah mencatatkan jumlah penonton sebanyak  2.9 peratus  dan kemuncaknya sebanyak 3.7 peratus.Bagi kelompok penonton dikalangan umur 20 – 49 tahun, drama ini mencatatkan jumlah penonton sebanyak 1.1 peratus dan kemuncaknya mencecah  1.4 peratus.

Mad Dog terbitan KBS pula ditayangkan pada pukul 10 malam dan telah mencatatkan 5.5 peratus jumlah tontonan di seluruh negara, dan ianya dikategorikan jumlah tontotan terendah pada waktu slot tersebut.  Walau bagaimanapun, ia masih 3.1 peratus lebih tinggi daripada jumlah tontonan premier bagi drama KBS sebelum ini, iaitu drama  Manhole. Ini menjadikan titik tolak bahawa drama Mad Dog bakal menyinar kelak kerana kehebatan karya dan pelakonnya.

Drama SBS While You Were Sleeping   tetap menunjukkan jumlah tontonan yang memberangsangkan. Bagi minggu ini drama tersebut telah mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 8.1 dan 9.4 peratus. Manakala drama MBC Hospital Ship telah mencatatkan jumlah penonton sebanyak 7.5 dan 9.3 peratus.

Sumber : Naver, Xport

 

loading...