Kang Hye Jung yang comel akan menjadi setiausaha Yoon Kyun Sang dalam KBS Jugglers?

Kang Hye Jung . Yoon Kyun Sang

Pelakon filem berpengaruh datangnya daripada Oldboy, Kang Hye Jung, sedang mempertimbangkan drama terbaru KBS berjudul Juggler. Beliau akan membawakan watak sebagai setiausaha yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 tahun dalam bidang pengaturcaraan sukan dan hiburan selain bergiat sebagai surirumah sepenuh masa.

Ini merupakan drama pertama Kang Hye Jung sejak TvN Wedding Scheme,lima tahun yang lepas. Beliau sangat dikenali menerusi filem Oldboy arahan Park Chan Wook yakni debut lakonan beliau sebagai gadis misteri yang menjadi kekasih kepada ‘ahjussi’ lakonan Choi Min Sik yang dipenjarakan selama bertahun-tahun. Lakonannya berjaya meraih Best Supporting Actress di Grandbell Awards. Namun, yang membuatkannya dihargai adalah filem Welcome to Dongmakgol di mana beliau melakonkan watak gadis yang pelik, lincah dan gila-gila. Lakonannya berjaya menyapu bersih anugerah Best Supporting Actress di Grand bell, Blue Dragon dan Baeksang Art Awards pada tahun tersebut.

Tiada maklumat lengkap mengenai penulisnya tetapi khabarnya bakal diarahkan oleh PD Kim Jung Hyun. Pelakon Yoon Gyun Sang (MBC Rebel Hong Gil Dong) ditawarkan bos kepada Kang Hye Jun dan masih menimbangnya. KBS Jugglers akan disiarkan sebaik saja Witch Court tamat.

Sumber:  OSEN

loading...