1st Seoul Drama Awards : Ji Sung, Nam Goong Min, Kim Hee Sun & Park Bo Young antara tersenarai Best Actor / Best Actress

Satu anugerah baru yang hampir mirip degan Baeksang Art Awards, mungkin lebih dekat dengan APAN Drama Awards mengumumkan calon-calon mereka pada hari ini. Penjurian markah dilakukan dengan 70% daripada kalangan pengkritik industri seni manakala 30% daripada 60 orang rakyat terpilih menerusi temuduga.

Untuk kategori Best Actor, didapati Ji Sung, Nam Goong Min dan Cho Seung Woo bersaing hebat. Nama Goo Yoo dan Han Suk Kyu tak tersenarai kerana dikatakan drama yang dipilih bermula tayangan pada awal tahun ini. Manakala, untuk Best Actress pula, Park Bo Young, Kim Hee Sun, Lee Bo Young dan Kim Ah Joong masing-masing akan merebut anugerah tersebut. Dijangka Park Bo Young atau Kim Hee Sun akan dinobatkan penghargaan tersebut. Jangkaan penulis meleset apabila nama seperti Kim Ji Won (KBS Fight My Way) , Im Soo Jung (tvN Chicago Typewriter), dan Yoo Ah In (tvN Chicago Typewriter) tidak disenaraikan walaupun lakonan mereka dipuji para pengkritik.

Penulis juga turut menjangkakan nama Lee Yoo Young (OCN Tunnel) tersenarai untuk Best Supporting Actress tapi khabarnya drama-drama terbitan OCN tidak diambil untuk pencalonan. Antara jangkaan penulis yang berjaya menembusi senarai pencalonan ini adalah Song Ha Yoon (KBS Fight My Way) dan Honey Lee (MBC Rebel: Thief Who Stole the People). Untuk kategori Best Supporting Actor pula, Go Kyung Pyo (tvN Chicago Typewriter) menepati ramalan penulis, bakal bersaing ketat dengan Jung Sang Hoon (jtbc Woman of Dignity) dan Kim Ji Suk (MBC Rebel: Thief Who Stole the People). Sedikit kekecewaan nama-nama seperti Yoo Jun Sang (SBS Falsify) , Yoo Jae Myung (tvN Secret Forest), Dong Ha (KBS Chief Kim) dan Lee Dong Gun (KBS Queen for Seven Days) dijangkakan penulis tidak  tersenarai.

Untuk kategori Best Rookie Actor/Actress pula, kategori lelaki menyaksikan Yang Se Jong (SBS Saimdang) bakal menang mudah walaupun mungkin akan ditentang oleh Kim Jung Hyun (KBS School 2017). Yang Se Jong sedang membintangi drama SBS Temperature of Love bersama Seo Hyun Jin. Manakala, kategori perempuan pula tidak pasti siapa yang bertuah antara empat orang tersebut.

Anda boleh mengundi calon pilihan anda di bawah.

Keputusan akan diumumkan pada 27 Oct 2017.

Best Drama

  • KBS “Fight My Way”
  • MBC “Rebel: Thief Who Stole the People”
  • SBS “Defendant”
  • tvN “Stranger”
  • JTBC “Woman of Dignity”

Best Actress (Drama)

  • Lee Bo Young – SBS “Whisper”
  • Park Bo Young – JTBC “Strong Woman Do Bong Soon”
  • Kim Hee Sun – JTBC “Woman of Dignity”
  • Kim Ah Joong – tvN “Live Up to Your Name”

Best Actor (Drama)

  • Ji Sung – SBS “Defendant”
  • Namgoong Min – KBS “Chief Kim”
  • Cho Seung Woo – tvN “Stranger”
  • Yoon Kyun Sang – MBC “Rebel: Thief Who Stole the People”

Best Supporting Actress (Drama)

  • Jung So Min – KBS “Father is Strange”
  • Seo Jeong Yeon – SBS “Defendant,” JTBC “Woman of Dignity”
  • Song Ha Yoon – KBS “Fight My Way”
  • Honey Lee – MBC “Rebel: Thief Who Stole the People”

Best Supporting Actor (Drama)

  • Jung Sang Hoon – JTBC “Woman of Dignity”
  • Go Kyung Pyo – tvN “Chicago Typewriter”
  • Ahn Jae Hong – KBS “Fight My Way”
  • Kim Ji Suk – MBC “Rebel: Thief Who Stole the People”

Best New Actress (Drama)

  • Yoon So Hee – MBC “Ruler: Master of the Mask”
  • Gong Seung Yeon – tvN “Introvert Boss”
  • Kim Sejeong – KBS “School 2017”
  • Shin Hye Sun – tvN “Stranger”

Best New Actor (Drama)

  • Kim Min Suk – SBS “Defendant”
  • Kim Min Jae – KBS “Greatest One-Shot”
  • Yang Se Jong – SBS “Saimdang, Light’s Diary”
  • Kim Jung Hyun – KBS “School 2017”

Mari mengundi pilihan anda di bawah.

1ST SEOUL AWARDS

LINK: http://kmaniamy.polldaddy.com/s/siapakah-pilihan-untuk-seoul-awards

[polldaddy type=”iframe” survey=”6BB542544A4164B4″ height=”auto” domain=”kmaniamy” id=”siapakah-pilihan-untuk-seoul-awards”]

LINK: http://kmaniamy.polldaddy.com/s/siapakah-pilihan-untuk-seoul-awards

loading...