Kang Shin Hyo dipuji sebagai pembunuh upahan tak berperasaan dalam SBS Falsify

Nam Goong Min, pemenang Best Supporting Actor 5th CARI Kdrama Awards selaku Han Mu Yong. Gambar kredit pada SBS.

SBS Falsify masih lagi mendominasi rating mingguan untuk slot Isnin dan Selasa dengan garapan cerita mengenai peranan media dalam menentukan persepsi orang ramai tentang senario politik. Media dijadikan sebagai “bayangan” dalam merealisasikan kerja-kerja kotor oleh pihak yang berkepentingan. Namun, dari pihak yang lain pula, masih ingin menegakkan ketidakadilan untuk memperbetulkan peranan media yang sepatutnya menyampaikan kebenaran. Begitulah apa yang disandarkan oleh drama SBS Falsify ini. Selain cerita agak ‘promising’ selepas beberapa episod yang ditayangkan, tidak keterlaluan lakonan hebat pelakon pembantu seperti Moon Seung Guen (CEO syarikat akhbar Daehan) dan Yoon Jun Sang (ketua editor Splash Team yang bernaung di bawah Daehan) serta kesungguhan ditunjukkan oleh Nam Goong Min, selaku hero utama drama ini dalam membalas dendam terhadap kematian abangnya, betul-betul telah menarik hati untuk penulis mengecapi drama ini sehingga ke hari ini.

Ahli-ahli Splash Team yang bergiat mendapatkan skop berita terpanas buat Daehan. Gambar kredit pada SBS.

Gabungan “Splash Team” yang dipelopori oleh  Lee Suk Min dan “Jackal Team” diterajui oleh Han Mu Yong serta dibantu oleh pendakwaraya Kwon So Ra bakal menyaksikan pertempuran besar-besaran bagi menyelongkar rahsia di sebalik penyelewangan yang cuba disembunyikan syarikat akhbar Daehan. Drama ini sedikit sebanyak mengingatkan penulis pada filem yang memenangi Oscar dua tahun lepas, Spotlight dalam membongkar skandal pedofil dilakukan paderi, sekaligus membuatkan orang ramai mula ambil tahu tentang isu tersebut, juga pada filem korea Inside Men dari segi peranan media sebagai ‘bayangan’.

Walaubagaimanapun, yang lebih buat menarik tentang drama ini ialah kemunculan pembunuh upahan berpewatakan seperti robot yang diarahkan untuk melakukan kerja-kerja ekstrem. Namanya tak didedahkan lagi dalam drama ini kerana wataknya masih dibelungi misteri tentang misteri kewujudannya. Bagi sesiapa yang mengenalinya lagi, ianya dibawa oleh pelakon Kang Shin Hyo, yang bergiat aktif dalam filem sebelum ini.

Pelakon Kang Shi Hyo sebagai pembunuh upahan. Gambar kredit pada SBS.

Kang Shin Hyo yang berlengan tatoo menunjukkan aksi brutalnya selaku pembunuh upahan yang tak didorongi dengan emosi. Anda boleh bandingkan dengan Cho Seung Woo dalam tvN Secret Forest. Tapi yang nyata, Kang Shi Hyo tak membentak apabila lengannya dibakar dengan pencucuh api malah tetap mencekik leher mangsanya tanpa balas kasihan, adegan yang dipetik daripada episod 18. Dalam episod 21-22 semalam, sekali lagi Kang Shin Hyo diarahkan untuk membunuh Nam Goong Min (Han Mu Yong) setelah plan CEO Daehan kembali membuahkan hasil. Adakah Han Mu Young akan terselamat? Anda boleh saksikan drama ini menerusi cenel ONEhd, astro 393 setiap jam 8.00 malam hari Selasa dan Rabu.

Sumber: tenasia

loading...