[TERKINI] Suami pelakon Song Seon Mi kojol ditikam pembunuh

Kredit kepada KBS

Pelakon Song Seo Mi kehilangan suaminya pada pagi tadi setelah ditikam oleh klien nya berhubung isu pertikaian dengan kliennya yang gagal menjelaskan hutang berjumlah 10 juta ke atas agensi guaman kendaliannya. Mr.Go, dinamakan sebagai suspek, bergaduh dengan keluarganya mengenai isu pewarisan harta datuk mereka lalu dia meminta bantuan guaman daripada suami pelakon Song Seo Mi. Malangnya terjadi, pergaduhan berlaku, suspek dikatakan menikam mangsa sehingga beliau ditemui mati berlumuran darah.

Aktress Song Seon Mi segera dimaklumkan tentang kejadian selepas laporan polis dibuat. Beberapa orang pelakon dikatakan menghubungi Song Seon Mi untuk mengucapkan takziah.

Song Seon Mi giat aktif dalam bidang layar perak dan drama terutama dalam filem arahan pengarah kontroversi, Hong Sang Soo berjudul  Woman on the Beach yang ditayangkan awal tahun ini. Beliau juga pernah memegang watak sebagai puteri mahkota Lady Kang dalam jtbc Cruel Palace – War of Flowers.

Sumber: yonhap

 

loading...