Fans negara seberang histeria sehingga ‘mencederakan’ Taeyeon SNSD

Taeyeon dikatakan mengalami kecederaan apabila ‘diserang’ oleh ratusan peminat Indonesia sewaktu dia mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta semalam.

Walaubagaimanapun, keadaan kesihatannya dilaporkan stabil. Agensi hiburan SM memaklumkan bahawa pihak penganjur telah pun memohon maaf kepada Taeyeon, dan berjanji akan mengetatkan jaminan keselamatan sepanjang Taeyeon berada di Jakarta. SM juga akan memambahkan aspek keselamatan yang lebih ketat buat selebriti dibawah kelolaan mereka supaya kejadian tak diingini tidak berlaku kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=XdcrpHDdcbQ

Taeyeon sempat bertanyakan jika ada peminat yang turut jua tercedera tapi dalam pada masa sama, dia turut berasa kesal di atas segelintir peminat yang begitu agresif sehingga menyentuh tubuh badannya. Taeyeon mengakui dalam kenyataan ditulisnya dalam instagram yang dia berasa tidak selesa dan berharap aspek keselamatan dipertingkatkan.

https://www.instagram.com/p/BX5uy5dAMv4/?taken-by=taeyeon_ss

Sumber: joins

loading...