Penangan Fenomena Hallyu Menghangatkan Malam K-Wave Music Festival 2017

Fenomena Hallyu sekali lagi menghangatkan suasana di Surf Beach, Sunway Lagoon dan berjaya memukau lebih kurang 7,000 orang peminat K-Pop. Pada 5 Ogos yang lalu, satu konsert KPOP atau dinamakan K-Wave Music Festival 2017 telah pun berlangsung. Ini boleh dikatakan sebagai pengubat rindu para peminat K-Pop apabila pihak pengurusan konsert berjaya menghimpunan enam kumpulan K-Pop serentak pada masa yang sama.

K-Wave Music Festival 2017 ini telah dibarisi oleh kumpulan hit-makers Korea Selatan seperti Highlight, TeenTop, B1A4, BTOB, APink dan Victon. Sudah pasti setiap peminat  hadir dengan membawa hand-banner, light stick dan pelbagai lagi bagi menunjukkan sokongan serta memberi sorakan kepada artis pujaan mereka.

Rookie group yang dibarisi oleh Han Seung-woo, Kang Seung-sik, Heo Chan, Lim Se-jun, Do Han-se, Choi Byung-chan & Jung Su-bin

Tirai konsert ini dimulakan dengan kehadiran kumpulan baru iaitu Victon. Ini merupakan kali pertama kedatangan mereka ke Malaysia sejak debut tahun lepas. Dengan persembahan yang sangat bertenaga, ketujuh-tujuh anak muda ini menghiburkan para peminat dengan lagu rancak mereka iaitu Eyez Eyez, The Chemistry, Amoo, Allta dan What Time Is It Now?. Terdahulu, pada sebelah petangnya, kumpulan ini mengadakan sesi Meet & Greet bersama dengan 150 orang peminat bertuah di Sunway Pyramid.

BTOB dianggotai oleh EunKwang, SungJae, Peniel, Ilhoon, MinHyuk, Changsub dan Hyunsik.

Suasana bertukar gamat dengan sorakan peminat apabila kumpulan BTOB (Born To Beat) muncul di atas pentas. Kumpulan yang mempunyai vokal yang mantap serta mempunyai beberapa lagu RnB yang mempersonakan berjaya menghilangkan rasa rindu para peminat mereka dengan pilihan lagu seperti Movie, TwoTwo, Confession, It’s Okay dan Pray (I’ll Be Your Man). Persembahan mereka memang tidak menghampakan para peminat mereka yang digelar Melody apatah lagi diselitkan dengan tarian yang cukup mantap.

Ditubuhkan pada 2012 di bawah agensi Cube Entertainment.

“Apa khabar anda semua?! Agak lama kita tidak berjumpa dan kami amat merindui kamu. Kami akan muncul dengan album baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,” kata Peniel mewakili anggota lain. “Kami berjanji akan kembali lagi ke Malaysia nanti,” celah Ilhoon.

Sementara itu, kumpulan yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dulu, B1A4 tampil dengan suasana yang agak santai kerana mereka hanya mengenakan jeans dan kemeja bercorak bunga. Kumpulan ini menampilkan lagu-lagu berentak balada serta berentak rancak lagi catchy seperti What’s Up, Lie, Good Night, Water dan Good Timing. Ternyata peminat masih merindui mereka. Walaupun sambil menari vokal mereka tetap mempersonakan. Bagi menghangatkan suasana, anggota B1A4 mengambil beberapa botol air dan menyimbahnya kepada para penonton dan sesama mereka sewaktu mempersembahkan dua lagu terakhhir mereka.

Teen Top ditubuhkan pada 2010. dianggotai oleh C.A.P, Chunji, Niel, Ricky and Changjo selepas L.Joe meninggalkan kumpulan tersebut.

Lima jejaka yang menganggotai kumpulan Teen Top tampil dengan persalinan serba putih berjaya mencuri perhatian peminat wanita. Pentas bertukar hangat dengan sorakan peminat apabila mereka menyanyikan koleksi lagu hits seperti Fun, To You, Miss Right, Rocking dan Crazy.

Seiring vokal serta tarian yang bertenaga persembahan mereka sangat menghiburkan dan tidak menghampakan.

 

Apink debut pada 2011 dan dianggotai oleh Park Cho-rong, Yoon Bo-mi, Jung Eun-ji, Son Na-eun, Kim Nam-joo & Oh Ha-young

Satu-satunya kumpulan wanita untuk malam itu, APink, buat peminat lelaki berasa lega. Mereka adalah diantara peminat yang bersorak hebat pada ketika itu. APink berjaya buat peminat teruja dengan mempamerkan pesona mereka yang comel, girly serta menggoda dalam persembahan mereka. Kumpulan yang dianggotai oleh enam orang anggota ini pernah tampil di MTV World Stage di Malaysia pada tahun 2015,menyanyikan barisan lagu hits mereka seperti Shy, Mr. Chu, NoNoNo dan Luv.

“Sudah lama tidak bertemu sejak kami terakhir kita bersua! Terima kasih kerana datang untuk berjumpa kami walaupun cuaca malam ini panas,” kata Bomi, sambil tersenyum penuh semangat kepada para penonton.

Dari kiri : Son Dongwoon, Yoon DooJoon, Lee Gikwang, Yang Yoseob dan Yong JunHyung

Kumpulan yang paling senior dan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat akhirnya muncul dengan lagu Plz Don’t Be Sad, Calling You, Yey, Good Luck dan Beautiful Night. Kehadiran kumpulan Highlight benar-benar buat suasana menjadi lebih hangat dan bingit dengan sorakan para peminat. Ternyata aura mereka masih kuat dikalangan para peminat K-Pop.

https://www.instagram.com/p/BX5ByrpF_9f/?taken-by=shee_rosli

Memulakan karier pada tahun 2009, lima jejaka ini telah menukar nama asal kumpulan tersebut iaitu Beast/B2ST kepada Highlight pada awal tahun ini setelah meninggalkan agensi lama mereka iaitu Cube Entertainment pada 2016. Terdahulu, salah seorang anggota asal kumpulan tersebut iaitu Jang Hyungseung buat keputusan untuk mereka pada April 2016. Kini, mereka bergerak di bawah pengurusan syarikat mereka sendiri iaitu  Around Us Entertainment.

“Kumpulan kami mengalami banyak perubahan baru-baru ini, tetapi kami dapat melihat bahawa sokongan anda serta kasih sayang anda terhadap kami masih utuh seperti dahulu,” kata ketua kumpulan Doojoon sambil kedengaran sorakan para peminat mereka.

“Kami sangat rasa terharu dan sangat berterima kasih kepada anda walaupun ianya tidak mencukupi. Teruskan menyokong kami serta artis K-Pop yang lain,” ujarnya lagi.kami tidak dapat mengucapkan terima kasih kepada anda dan terima kasih kerana mencintai artis K-Pop yang lain,” katanya.

Secara keseluruhan, K-Wave Music Festival 2017  yang dibawakan oleh MCalls dan dianjurkan oleh Galaxy Group ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Sudah pasti para peminat menikmati konsert ini dan pulang dengan membawa memori yang tidak dapat dilupakan. Sebelum menutup tirai konsert, pihak penganjur mengumumkan bakal mengadakan K-wave Music Festival untuk kali kedua sebelum penghujung tahun ini. Berita tersebut disambut dengan sorakan peminat yang rata-rata teruja menantikan pengumuman siapakah artis yang bakal mereka tampilkan kelak. Tanda tanya ini masih lagi bertebaran sehingga pihak penganjur akan mengumumkan secara rasmi mengenainya pada masa akan datang.

Buat peminat K-Pop diluar sana, sama-sama kita nantikan K-Wave Music Festival 2. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di FB McallsGalaxy Group.

Bagi pihak KMania Team, kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengurusan MCalls Asia kerana telah memberi peluang kepada kami untuk sama-sama terlibat dalam konsert ini. Terima kasih juga atas pemberian tiket percuma kepada KMania yang mana ianya adalah sesuatu yang amat kami hargai dan menjadikan pengalaman menyaksikan konsert ini sebagai sebuah kenangan yang paling manis.

Buat pengurusan Galaxy Group, terima kasih juga diucapkan kerana menjadikan K-Wave Music Festival sebagai suatu kenangan yang tidak dapat kami lupakan.

loading...