MBC Man Who Dies to Live menghina Islam, peminat Arab mahu boikot tayangan

Lagi kontroversi mengenai drama korea. Sebilangan peminat Arab dikatakan menyuarakan ketidakpuashatian terhadap gambaran tak elok yang cuba ditonjolkan oleh produksi drama korea di dalam drama yang sedang berlangsung MBC Man Who Dies to Live. Drama ini berkisarkan tentang seorang hartawan Arab berketurunan Korea, Jang Dal Goo yang tinggal di Dubai menggunakan nama samaran Count Souad Fahd Ali. Kehidupannya di Dubai tidak tenteram dan gembira kerana asyik berfoya-foya.  Suatu hari, beliau kembali ke Korea Selatan menemui anak perempuannya yang telah terpisah sekian lama dan mula mengenai erti sebuah keluarga.

Choi Min Soo, ialah pelakon lagenda korea yang diakui kehebatan lakonannya menerusi filem The Terrorist sehingga meraih Best Actor di kedua-dua Blue Dragon dan Grand bell Film Awards. Beliau juga meraih daesang menerusi drama hit popular SBS Sandglass. Ini merupakan ‘comeback’ pelakon versatil ini setelah memaparkan lakonan berkarisma sebagai Raja Sukjong dalam drama SBS Jackpot.

Yang menjadikannya  kontroversi apabila drama ini memaparkan dua orang wanita Arab yang memakai burqa atau selendang  sedang berkemban dengan berbikini saja. Selain daripada itu, pelakon Choi Min Soo juga dikatakan tidak bertutur bahasa Arab dengan baik sehingga kelihatan kaget. Dan paling kontroversi apabila petikan video daripada drama berkenaan mempaparkan pelakon Choi Min Soo mempersedakan umat Islam sedang bersolat dan memilih untuk mencari “divine blessing” dengan mengunjungi kelab malam. Peminat menyalahkan produksi MBC yang sangat ‘ignorant’ tentang tatacara kebudayaan Arab dan tidak sensitif pada penonton Muslim sehingga akhirnya mempersendakan umat Islam.

[facebook url=”https://www.facebook.com/girll.emma/videos/o.422434821220989/1402684329821953/”]

 

Petisyen boikot tayangan drama ini telah mencatat lebih daripada 3 ribu orang. Tidak dipastikan samada drama ini bakal disiarkan di Malaysia melalui cenel oh K! ataupun 8tv, tapi mungkin akan dibatalkan tayangannya terus disebabkan Malaysia agak menitikberatkan sensitiviti ummah Muslim.

Sumber: MBC

loading...