Nazim Othman akan menjadi Kang Ji Sub dalam drama melayu adaptasi korea, SBS The Women’s Room?

Minggu lepas kita didedahkan dengan berita Fattah Amin yang bakal melakonkan watak Choi Han Kyul di dalam drama hits, Coffee Prince yang mana pernah dibawakan aktor, Gong Yoo. Perdebatan masih berlangsung antara peminat drama Coffee Prince dan Fattah Amin tentang kewajaran tersebut disebabkan Fattah Amin pernah dilabelkan “kayu” , dalam erti kata lain, masih kaku dalam menggayakan lakonan sebaik Gong Yoo, kata mereka lagi. Bagi penulis, lakonan Gong Yoo tidak lah sehebat seperti digambarkan di dalam Coffee Prince berbanding Yoo Eun Hye yang ternyata lebih dominan dan memaku perhatian penonton, maka penyertaan Fattah Amin selaku pelakon utama dengan diarahkan pula oleh pengarah kontroversi, Micheal Ang dan produksi yang cara-marba sepatutnya tidak menjadi isu. Ianya tidak akan menjadi sebaik drama korea yang kamu pernah tonton.

Berbalik semula pada tajuk berita, Nazim Othman dalam diam-diam bakal membintangi drama siri melayu terbaru terbitan Astro diadaptasikan daripada drama SBS, The Women’s Room. Beliau dikatakan akan membawakan watak yang dilakonkan oleh Kang Ji Sub seperti beliau pelajari melalui video yang dimuatnaik ke dalam laman instagram beliau. The Women’s Room berkisarkan tentang liku-liku hidup dialami oleh pemilik hotel 5-star bersama dengan pengurus hotel sebaik saja seorang wanita ‘gold digger’  memunculkan diri lalu menggugat hubungan mereka. Nazim Othman akan menjadi pengurus hotel tersebut.

Nazim Othman mempunyai pengalaman agak meluas membawakan watak-watak adaptasi Korea seperti beliau lakukan dalam drama Cinta Teruna Kimchi di samping memiliki wajah yang agak putih melepak dan menepati ciri-ciri lelaki korea idaman penonton melayu.

https://www.instagram.com/p/BW1PaeaAr_E/

Sumber: instagram Nazim Othman

 

loading...