Song Joong Ki & Song Hye Gyo nafi mereka bercinta

Semalam, hangat sebentar apabila laporan berita mengatakan mereka berdua sedang bercuti bulan madu di Bali. Agensi Song Joong Ki dan Song Hye Gyo kedua-duanya menafikan kenyataan tersebut.

“Song Joong Ki pergi jumpa kawannya di Bali sebelum promosi filem manakala Song Hye Gyo ada temujanji aktiviti lain dan mengesahkan dia tak pernah menemui Song Joong Ki di sana.”

Mereka digelar Song Song Couple hasil daripada lakonan drama KBS Descendants of The Sun yang begitu popular pada tahun lepas sehingga meraih daesang pada anugerah tahunan KBS selain merangkul Couple of The Year dalam 5th CARI Kdrama Awards. Khabar angin tentang perkahwinan mereka di Amerika Syarikat juga dinafikan mereka sekeras-kerasnya.

Sumber: yna.co

 

loading...