Asalnya pelakon cilik, kali ini mereka berentap sebagai hero/heroin drama di slot sama

Industri drama Korea tidak pernah suram kerana mereka akan merekruit pelakon-pelakon muda untuk meneruskan legasi yang diperturunkan oleh pelakon senior-senior yang berjaya. Sekian lama, nama-nama hebat seperti Kwon Sang Woo, Park Shin Hyang, Choi Ji Wo, Song Hye Gyo, Song Seung Hoon, Won Bin dan Cha Seung Won akan meniti usia tua dan pelakon-pelakon baru akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka pada zaman mereka masih muda.

Namun, ada pelakon yang sudah menceburkan diri di usia remaja lagi  dan tak pernah surut popularitinya sehingga melayakkan mereka memegang tampuk utama sesuatu drama.

Nam Ji Hyun – “King Seondok” (kiri) ; “Suspicious Partner” (kanan)

Yeo Jin Goo, Nam Ji Hyun dan Yoo Seung Ho pernah bersama-sama menjayakan drama SBS Warior Baek Dong Soo kali ini mereka pula berentap memikul sebagai hero/heroin drama masing-masing. Yeo Jin Goo dan Yoo Seung Ho pernah dicalonkan Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards kedua-duanya menerusi MBC I Miss You manakala Nam Ji Hyun pula pernah meraih pencalonan Best Supporting Actress menerusi drama SBS Angel Eyes.

Yeo Jin Goo – “Giant” (kiri) ; “Circle” (kanan)

Drama pertama Yoo Seung Ho selaku hero ialah SBS Remember- War of The Son telah berjaya meraih rating tertinggi dua tahun lepas sebelum mencetuskan fenomena sekali lagi melalui drama MBC Ruler: Master of The Mask yang sedang hangat ditayangkan. Nam Ji Hyun pula mekar sebagai heroin, digandingkan bersama Seo In Guk dalam MBC Shopping King Louis sebelum tampil sebagai heroin kepada Ji Chang Wook dalam SBS Suspicious Partner. Kedua-dua drama berkenaan berentap pada waktu yang sama. Menariknya, Yeo In Goo memilih naskah misteri sci-fi , iaitu tvN Circle sebagai drama pertamanya selepas SBS Jackpot tahun lepas yang sedang ditayangkan di slot Isnin dan Selasa.

Yoo Seung Ho – “Home” (kiri) ; “Ruler” (kanan)

Go Ah Sung boleh dikatakan agak menyerlah sewaktu dia mula menceburkan diri apabila filem lakonannya. Host dan Snowpiecer telah berjaya mendapat kutipan box office tertinggi seterusnya menyebabkan dia meraih pencalonan Best Supporting Actress di anugerah berprestij Blue Dragon dan Grandbell. Lakonan pertamanya selaku heroin drama SBS Heard It Through Grapevine telah mendapat kritikan positif sebelum dia meneruskan pembabitan dalam MBC Radiant Office yang baru saja berakhir tayangan pada tahun ini.

Go Ah Sung – “The Host” (kiri) ; “Radiant Office” (kanan)

Producer rancangan tv KBSW, Chung Sung Hyo berkata, “Mereka yang sudah berlakon sejak kecil ini boleh menyebabkan hilangnya ‘kesegaran’ di mata penonton kerana mereka beberapa kali muncul di kaca tv. Namun, dalam proses pembesaran mereka sebagai aktor , masih wujud ruang kosong yang belum didedahkan iaitu versaliti apabila mereka menjadi dewasa”

Sumber: yna

 

loading...