[Ulasan] drama jtbc Strong Woman Do Bong Soon

“Strong Woman Do Bong Soon terlalu ringan dengan idea yang sangat longgar yakni pelaksanaan plot agak lemah dan meleretkan. Percantuman genre ‘thriller’, komedi dan sindiran agak tak menjadi selebihnya hanya sekadar gelakan kosong. Kelebihannya hanya terletak pada interaksi pelakonnya dalam menunjukkan keserasian bersama dan juga aksi komedi ditunjukkan pelakon pembantu seperti Kim Won Hae” Baca…

Read More

Lee Min Ho akan meninggalkan kita May ini

Pelakon kacak bergaya ini, Lee Min Ho akan menyertai khidmat tentera negara sebagai pekerja sosial dan akan melaporkan diri bermula pada 12 Mei di pejabat kepolisan Gangnam-gu, Seoul. Lee Min Ho yang turut dikenali sebagai ‘min ha wau’ oleh segelintir peminatnya di Malaysia,  pernah menjalani pembedahan meletakkan besi sokongan di bahagian peha dan buku lalinya…

Read More

Lee Young Ae derma 150 juta won untuk wanita miskin

Pelakon Saimdang, Lee Young Ae akan menyumbangkan sebanyak 150 juta won untuk wanita miskin dalam projek dinamakan “Bantuan kewangan Ibu Gembira” dalam kolobrasinya bersama Hospital Cheil, Seoul. Antara golongan yang disasarkan ialah ibu tunggal, wanita yang berpendapatan rendah, wanita hamil daripada keluarga campuran etnik, dan ibu yang tiada ikatan perkahwinan. Kim Moon Young, ketua jabatan…

Read More

Bohyung & Hyunmin-A akan menggegarkan Malaysia pada 22-25 April ini

Umum diketahui bahawa Anugerah Meletop ERA yang berlangsung pada 23 April, Ahad ini akan menyaksikan kumpulan Spica turun mempersembahkan beberapa hit lagu mereka. Kmania diberi tanggungjawab untuk menemubual mereka tak lama lagi. Salah seorang ahli kumpulan mereka, Kim Boo Hyun akan bergandingan dengan idol Korea kelahiran Malaysia, Hyunmin-A dalam siri pertemuan dengan peminat di tempat…

Read More

Ada Apa Dengan “I Can See Your Voice”?

Pertama kali membaca tajuk artikel ini, mungkin ada yang keliru kerana tajuknya hampir sama dengan drama hit Korea tahun 2013 “I Can Hear Your Voice” lakonan Lee Jeong Suk dan Lee Bo Young. Apa yang pasti, debaran yang dirasakan ketika menonton drama tersebut pasti akan turut sama dirasai tatkala menonton rancangan hiburan terbitan CJ E&M…

Read More

Neelofa , Vivy Yusof tersenarai Forbes 30 sebaris dengan Jessica Jung & Eric Nam

Pelakon, pengacara dan model popular dari Malaysia, Neelofa tersenarai Forbes 30 Asia kategori selebriti yang didefinisikan sebagai mereka yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Neelofa memiliki jenama tudung antara yang terbesar di Malaysia iaitu Naelofa Hijab selain aktif berkecimpung dalam area perfileman drama. Turut tersenarai ialah bekas penyanyi kumpulan Girl Generation, Jessica Jung yang mempunyai jenama…

Read More

Hwang Hana nafikan dia kekasih Park Yoo Chun

Berita pengumuman perkahwinan oleh agensi Park Yoo Chun semalam agak mengejutkan dan kali ini pula, ‘Hwang Hana’, anak pemilik CEO Namyang Dairy Company, iaitu gadis yang dilaporkan akan berkahwin dengan Park Yoo Chun menafikan dialah orang tersebut. Hwang Hana sebaliknya menyindir wartawan yang mensensasikannya. Kim Jae Joong, rakan sekumpulan Park Yoo Chun dalam JYJ, juga…

Read More

[Berita tergempar] Yoo Chun akan berkahwin tak lama lagi

Pelakon yang dihimpit kontroversi skandal seks melibatkan pelacuran sebelum ini, Park Yoo Chun tanpa diduga-duga, akan berkahwin dengan gadis pilihannya pada musim luruh tahun ini. Tidak ketahui adakah gadis berkenaan merupakan salah seorang dikatakan mangsa beliau atau wanita yang mencintainya sekian lama. Pelakon yang pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Award melalui watak sebagai putera…

Read More