[Berita tergempar] Yoo Chun akan berkahwin tak lama lagi

Pelakon yang dihimpit kontroversi skandal seks melibatkan pelacuran sebelum ini, Park Yoo Chun tanpa diduga-duga, akan berkahwin dengan gadis pilihannya pada musim luruh tahun ini. Tidak ketahui adakah gadis berkenaan merupakan salah seorang dikatakan mangsa beliau atau wanita yang mencintainya sekian lama.

Pelakon yang pernah tercalon Best Actor CARI Kdrama Award melalui watak sebagai putera raja ini sedang menjalani program khidmat negara dan bakal menamatkannya pada penghujung Ogos 2017.  Antara lakonan drama beliau diingati menerusi drama Rooftop Prince, Sungkyunkwan Scandal, 3 days dan filem Haemoo yang menaikkan status beliau sebagai aktor berbakat. Haemoo menyebabkan beliau menyapu bersih anugerah Best New Actor di Grand bell Film Awards , Blue Dragon Film Awards dan Paeksang Art Awards.

Sumber: mtstarnews

loading...