Park Bo Young teringin nak jadi perempuan psiko

Bintang muda yang makin menyinar, Park Bo Young mengakui tawaran watak diberikannya agak terhad selama ini disebabkan penampilannya yang comel bersesuaian dengan tubuhnya kecik molek. Cetusnya dengan nada berseloroh, “Saya teringin nak buat sesuatu yang lain daripada lain. Apa agaknya saya perlu lakukan? ”

“Setiap kali saya berlakon, saya akan fikirkan hadnya. Kerana saya agak rendah, maka saya tak dapat tampilkan gaya seorang wanita biasa.  Ia sesuatu yang tak dapat diubah. Saya akan cuba jadi seorang yang disukai, sekurang-kurangnya di mana saya agak berkeyakinan untuk melakukannya”

Ditanya kemungkinan watak lakonan yang mahu dibawanya kemudian hari, Park Bo Young mengatakan dia teringin menjadi perempuan psiko. Sesuatu yang sangat mencabar dan ‘keterlaluan’ di mata orang. Ia pastinya dinanti-nantikan peminat bintang kecik-kecik cili padi ini.

Park Bo Young pernah mengejutkan peminat kdrama Malaysia pada 4th CARI Kdrama Award apabila memenangi Best Actress mengalahkan pesaing-pesaing terdekat seperti Hwang Jung Eum dan Kim Hee Sun menerusi drama tvN Oh My Ghost. Beliau juga terut tercalon Best Actress dalam Paeksang Art Award menerusi drama Strong Woman Do Bong Soon yang akan berlangsung pada Mei ini.Strong Woman Do Bong Soon baru saja melabuhkan tirainya dengan rating tertinggi pernah dikecapi jtbc iaitu sebanyak 9%. Netizen sangat menghargai kimia yang ditunjukkan Park Bo Young bersama Park Hyung Sik dalam drama berkenaan. Tahniah Park Bo Young!

Sumber: sportseoul

 

 

loading...