Nam Goong Min, Chun Woo Hee, Yoon Jun Sang & Jeon Hye Bin akan dipertemukan dalam SBS Falsify?

Drama mengenai undang-undang sememangnya sangat sinomin dengan produksi SBS. Tidak cukup dengan Defendants, Whisper dan Suspicious Partner, kali ini SBS akan menyiarkan drama tentang kumpulan media berhempas pulas bekerjasama dengan pihak pendakwaraya bagi menegakkan kebenaran di sebalik dunia yang penuh dengan penipuan dan korupsi.

Pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Award ini, Nam Goong Min dikatakan telah menerima tawaran berkenaan untuk melakonkan sebagai wartawan yang ingin mencari kebenaran di sebalik kematian abangnya. Dia akan dibantu oleh pelakon Yoon Jun Sang selaku ketua media tersebut dan juga pelakon Jeon Hye Bin iaitu seorang pakar fotografi. Mereka bersekumpulan akan mengupas skandal korupsi, seks dan salah laku golongan elit dan ahli politik yang kian berleluasa bagi mempercepatkan proses pendakwaan dilakukan terhadap mereka. Chun Woo Hee dikatakan akan menjadi peguam pendakwaraya.

Kedua-dua Chun Woo Hee dan Yoon Jun Sang masih lagi mempertimbangkan tawaran berkenaan. Jika mereka bersetuju, penyenaraian pelakon berkelas A ini sudah cukup membuatkan penonton semakin tak sabar menanti lagi-lagi kali ini drama ini lebih berkisarkan tentang peranan media.

Nam Goong Min baru saja selesai menghiburkan peminat kdrama dengan lakonan hebat menerusi KBS Chief Kim yang membuatkan namanya disebut-sebut akan merangkul Best Actor Paeksang Art Award yang akan berlangsung tak lama lagi.

Sumber: OSEN

loading...