Romantic Doctor, Teacher Kim menjanjikan aksi yang mendebarkan

Sesiapa yang mengidam drama perubatan yang penuh aksi, Romantic Doctor, Teacher Kim  menjadi jawapannya. Sekilas menonton drama ini membuatkan anda teringat pada drama jepun, IRYU yang berhadapan dengan birokrasi hospital sehingga membantutkan keupayaan doktor bagi menyelamatkan pesakitnya mengikut kehendak sendiri.

Seorang pakar bedah hebat yang digelar sebagai Guru Kim (Han Suk Kyu), telah diberhentikan kerja  gara-gara menentang korupsi dan nepotisme yang berlaku dalam hospital tersebut. Guru Kim, seorang yang ortodoks dan mengikut intuisinya sendiri apabila menyelamatkan pesakitnya telah menyebabkannya dia dibuang kerja. Guru Kim pernah meninggalkan pesanan ke atas seorang bakal doktor, Kang Dong Joo (Yoo Yeon Sok) yang baru kehilangan bapanya gara-gara sikap pilih kasih yang menumpukan mereka lebih berkuasa untuk menerima rawatan terlebih dahulu, supaya menjadi lebih hebat dan berbakat berbanding mereka di dalam hospital untuk membolehkan dia menguasai mereka.  15 tahun berlalu, Kang Dong Joo berhempas pulas menjadi doktor yang hebat daripada segala segi sehinggalah dia menemui doktor pompuan, Yoo Seo Jung (Seo Hyu Jin) yang memegang prinsip yang sama iaitu tetap menyelamatkan pesakit walaupun terpaksa berdepan dengan birokrasi hospital.

Cerita dipintaskan  5 tahun kemudian di mana Kang Dong Joo sudah lupa diri manakala Yoo Seo Jung terpaksa menderita hilang upaya tangan bagi tujuan penggunaan untuk pembedahan. Tetapi Kang Dong Joo tak sedar akan niat jahat pihak hospital tersebut lalu akhirnya jatuh di bawah perancangan mereka. Kang Dong Joo dipindahkan ke hospital di dalam ceruk hutan di mana dia menemui semula Yoo Seo Jung dan bersemuka pertama kali dengan pakar bedah Guru Kim. Di sini bermulanya kisah bagaimana mereka menyelamatkan pesakit tanpa perlu risau akan birokrasi, penyelewengan dan nepotisme pihak hospital kerana mereka akan berbuat apa sahaja demi mencapai misi utama.

Mungkinkah Kang Dong Joo akan berubah fikiran dan menerima cara ortodoks Guru Kim? Dapatkah Yoo Seo Jung mengatasi kehilangan upaya menggunakan tangannya?

Drama ini disiarkan di cenel oneHD 395 pada setiap hari Selasa dan Rabu , jam 8. 15 malam. Jangan lupa saksikan!

loading...