Abang hensem Ha Suk Jin mahu cabar dirinya dengan pelbagai variasi

Foto dikreditkan pada ARENA

Masih belum kebah lagi demam Prof. Jin Jung Suk dalam Drinking Solo? Senyuman manisnya pasti tak lekang daripada minda mereka yang menonton drama ini.

Dalam temuduga bersama Dongha baru-baru ini, Ha Suk Jin mendedahkan mahu  tampilkan variasi berbeza melalui lakonan. Nama Ha Suk Jin meniti popular sewaktu drama Drinking Solo disiarkan kerana beliau dikenali atas professor yang tampak hebat segalanya atau ‘perfectionist’ tetapi personalitinya digambarkan sebagai teruk atau ‘sampah’ . Ha Suk Jin mengakui wataknya agak baharu dan juga mencabar buat dirinya.

Ha Suk Jin menambah bahawa dia tahu apa imej perlu ditonjolkan pada orang ramai di mana dia mampu untuk menjadi lebih baik. Dia juga berkata selalu mencabar dirinya untuk tidak sekadar menjadi aktor ‘terpilih’ . Disebabkan itu juga, dia memilih tawaran watak yang tidak streotaip baginya di mana dia mampu serlahkan bakatnya semaksimum mungkin.  Dengan itu juga, dia dapat tonjolkan imej lebih bervariasi supaya penonton boleh menerimanya dengan lebih selesa.

Diakuinya lagi, Ha Suk Jin berseloroh berkata dia sangat suka mengembara keseorangan dan amat menyukai ramen Jepun. (Ha Suk Jin pernah memunculkan dirinya dalam siri realiti tv, 3 days 2 Nights )

Drama Drinking Solo baru sahaja berakhir dua minggu lepas tetapi drama 1% of anything pula menggantikan tempatnya. Di sini, Ha Suk Jin membawakan watak anak orang kaya yang kejam dan sanggup membuat perjanjian kontrak pernikahan semata-mata mampu menunaikan hasratnya bagi mendapatkan harta. 1% of anything sedang disiarkan di cenel Dramax.

Sumber: dongha

 

loading...